Dagu TerbeIah Ikut Ibu, Kecantikan Wafariena Jadi Bualan Peminat

Selain lesung pipit, dagu terbelah juga antara yang menjadi tumpuan ramai dan idaman para wanita. Bagi yang mempunyai belahan di tengah dagu bukan sahaja kelihatan cantik malah dilihat sangat unik.

Lekuk ditengah dagu itu juga menjadikan diri mereka ‘mahal’ kerana tarikan yang mempersonakan. Walau bagaimanapun setiap individu ada kelebihannya yang tersendiri.

Bagi pelakon baharu, Wafariena atau turut mesra disapa dengan panggilan Wafa turut memiliki dagu terbelah sehingga membuatkan dia sering menerima pujian peminat.

Pelakon popular sebagai watak Nurul dalam drama berjudul 7 Hari Mencintaiku ini turut menjadi tumpuan diruangan Instagram peribadinya dan nampaknya posting Wafariena baru-baru ini mengundang dia bersama ibu mendapat perhatian ramai.

Sehingga ibu Wafariena juga menarik perhatian ramai dengan ratusan reaksi ditinggalkan mereka menerusi ruangan komen di posting.

Wafariena dilihat memuat naik momen istimewa dia bersama ibunya itu di ruangan Instagram dan ternyata kecantikan dua beranak ini mengundang pujian ramai terhadap mereka.

Apatah lagi, peminat dapat melihat kecantikan Wafariena saling tak tumpah seperti ibunya itu yang turut mempunyai dagu terbelah.

“Ibu cantik… anaknya pun cantik”

“Wafariena mewarisi kecantikan ibunya”

“Maknya pun cantik, anak dia apatah lagi”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.dnq.pw/

 

Be the first to comment on "Dagu TerbeIah Ikut Ibu, Kecantikan Wafariena Jadi Bualan Peminat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*