Berani Lelaki Ni Cabar TMJ Bagi Bantuan Kepada Pakcik Yang Syed Saddiq Bantu, Sekali TMJ Tunjuk Dapat Malu Je

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menerusi satu thread di laman Twitter tampil berkongsi kesusahan seorang warga emas yang hidup sebatang kara. Susulan daripada itu, beliau sempat memberikan sedikit bantuan kepada pakcik ini yang secara tidak langsung dapat mengurangkan beban yang ditanggungnya selama ini.

Bagaimanapun, seorang warga Twitter dikenali sebagai Sykrn sempat bertanyakan kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengapa warga emas itu tidak mendapat sebarang bantuan.

‘Taknak tolong bantu ke?’

Susulan daripada soalan yang diajukan, TMJ tampil memberikan penjelasan warga emas yang dikenali sebagai Rahmat sudah menerima bantuan RM300 sebulan sejak tahun 2010. Ujar Baginda lagi, dia (warga emas) pernah menetap di Kampung Sri Menanti sebelum kembali tinggal di Parit Pali pada April yang lalu.

Dia merupakan seorang duda, tinggal seorang diri, pernah dipenjarakan di Penjara Simpang Renggang dan kini bekerja sendiri.

Pernah mendapat bantuan di bawah Program Bantuan Bina Baru Rumah PPRT di Kampung Sri Menanti dengan mendapat kebenaran daripada tuan tanah untuk bina pada tahun 2018 disebabkan masalah pemilikan tanah pusaka.

Difahamkan, warga emas ini ‘terasa hati’ dan kembali semula ke rumah (pondok) asalnya setelah mendapat teguran daripada tuan tanah.

Disebabkan masalah sosial dan aduan daripada kejiranan, tuan tanah menegur supaya menjaga batas pergaulan supaya tidak menimbulkan maksiat, maka dia terasa dan berpindah ke rumah atau pondok asal.

Berbicara lebih lanjut, warga emas ini lazimnya mendapatkan bantuan makanan daripada adik-beradik yang tinggal berhampiran dengannya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: obulan

 

Be the first to comment on "Berani Lelaki Ni Cabar TMJ Bagi Bantuan Kepada Pakcik Yang Syed Saddiq Bantu, Sekali TMJ Tunjuk Dapat Malu Je"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*