Selepas lsu Live Instagram, Ini Update Terkini Kes Safieyillias

Kajang: Pemilik akaun Instagram (IG) safieyillias94 yang juga pengasas produk kosmetik dit4han polis semalam bagi membantu siasatan berhubung komunikasi luc4h dan amang sek.sual membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, polis sudah menah4nnya semalam selepas menerima satu laporan polis berhubung perbuatannya itu.

“Kita akan mendapatkan perintah t4hanan reman hari ini bagi membantu si4satan,” katanya dalam kenyataan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis sedang mengesan pemilik akaun Instagram safieyillias94 dan pipinatasha bagi membantu si4satan berhubung komunikasi luc4h dan amang sek.sual membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Mohd Zaid dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang pensyarah universiti pada jam 9 pagi kelmarin.

“Pengadu membuat laporan selepas melihat pautan siaran langsung di aplikasi Instagram (IG) milik safieyillias94 yang juga hos bersama pemilik IG pipinatasha.

“Siaran langsung di aplikasi berkenaan membabitkan dua kanak-kanak bawah umur,” katanya.

Beliau berkata, hos berkenaan didapati melakukan perbuatan boleh ditakrifkan sebagai komunikasi luc4h dan amang se.ksual kerana membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1) Akta Kesalahan Se.ks.ual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Terdahulu, seorang pensyarah membuat laporan polis ke atas pengguna akuan IG terbabit di Balai Polis Bandar Baru Bangi.

Ia susulan tindakan pemilik akaun berkenaan dan rakannya menari secara mengghairahkan sambil dilihat dua kanak-kanak bawah umur itu.

Dia turut ‘mengajar’ cara-cara menghisap dadah sambil disambut gelak tawa daripada mereka semua.

Pensyarah buat laporan polis terhadap Safiey Illias

Terdahulu Gara-gara mengadakan sesi Instagram live bersama kanak-kanak bawah umur, pensyarah, Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar membuat laporan polis terhadap usahawan kosmetik terkenal, Safiey Illias.

Menerusi entri Facebook Rafidah, dia tampil membuat laporan tersebut berikutan tindakan usahawan terbabit mengadakan sesi Instagram live bersama kanak-kanak tersebut sekitar jam dua pagi, Rabu lepas.

Selanjutnya, laporan yang dibuat itu berdasarkan tiga kesalahan yang termaktub di bawah undang-undang dan akta di Malaysia.

“Laporan polis dibuat ke atas pengguna Instagram @SafieyIllias94 yang menjadi hos live berkenaan melibatkan dua kanak-kanak bawah umur. Saya rasa kita dah banyak bertolak ansur dengan mereka yang instafamous ini. Ibu bapa, kejadian ini berlaku jam 1:50 pagi.

“Anak-anak tidak sepatutnya menggunakan telefon bimbit waktu sebegini dan bagi tujuan melawat atau terlibat dalam Instagram live ini,” tegasnya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet menyokong tindakan tersebut agar usahawan-usahawan yang terlibat dalam live berkenaan dikenakan tindakan undang-undang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: trendingsgt

Be the first to comment on "Selepas lsu Live Instagram, Ini Update Terkini Kes Safieyillias"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*