Walaupun Banyak Kontroversi, Doktor Ni Bongkarkan ‘Sumbangan Ikhlas’ Neelofa Kepada Hospital Melaka Baru-Baru Ini

Kes c0vid-19 kini masih kekal empat angka dan kadar penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesak!t c0vid-19 meningkat daripada 96 peratus pada 24 Mei hingga 104 peratus pada 6 Jun lalu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar penggunaan katil ICU melebihi 100 peratus ini amat membimbangkan kerana tidak semua pesak!t yang memerlukan rawatan kritikal dapat ditempatkan di ICU.

Terkini, selebriti sensasi, Noor Neelofa difahamkan telah menyumbang 15 buah katil elektronik kepada pihak Hospital Melaka. Berita ini dikongsi oleh salah seorang doktor pakar perubatan di bahagian kecemasan hospital berkenaan menerusi laman sosial Instagram miliknya. Difahamkan ketika ini katil-katil tersebut sememangnya diperlukan bagi kegunaan pesak!t c0vid-19 dan ianya telah digunakan serta-merta di bahagian zon kuning di hospital tersebut.

“Alhamdulillah…terima kasih tidak terhingga kepada Puan Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan pesak!t c0vid di Hospital Melaka.

“Semoga Allah mengganjari amal jariah ini dengan pahala dan kebaikan di dunia dan akhirat,”

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor turut dilihat  memberi respon ‘Like’ pada hantaran berkenaan bersama kakaknya, Noor Nabila. Perkongsian doktor tersebut juga menandai (tag) akaun rasmi Neelofa sebagai tanda terima kasihnya. Selain itu, doktor itu sempat memetik hadis yang merujuk kepada perbuatan Neelofa itu bersifat pemurah dan tidak lokek membantu orang lain dalam kesusahan.

Sumbangan Neelofa itu dilihat sangat murni memandangkan negara kita dalam keadaan memerlukan. Semoga kebaikan Neelofa akan dibalas dengan dipermudahkan urusan dan tamatkan kontroversi yang melanda dirinya dan keluarga tercinta.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : koolfm

 

Be the first to comment on "Walaupun Banyak Kontroversi, Doktor Ni Bongkarkan ‘Sumbangan Ikhlas’ Neelofa Kepada Hospital Melaka Baru-Baru Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*