Tony Spider Meningg4l Dunia Di Luncai Emas

Pemain bass kumpulan terkenal Spider, Tony Iskandar meninggal dunia awal pagi ini.

Allahyarham difahamkan meninggal dunia sekitar pukul 2.30 pagi di studio rakaman Luncai Emas milik seniman Datuk M. Nasir di Sungai Buloh. Allahyarham dikatakan sedang menyiapkan album kumpulan Jimbara.

Berita pemergian Tony yang cukup terkenal dengan sifat ramahnya itu juga dikongsikan pemain gitar kumpulan Exists, Along di akaun Instagram sekitar pukul 3 pagi.

“Pergi lagi seorang sahabat aku. Al fatihah buatmu Tony. Semoga Allah Swt tempatkan mu di kalangan orang beriman. Amin,” tulis Along.

Salah seorang teman baiknya yang juga seorang wartawan, Syahril Kadir turut menyampaikan berita duka tersebut melalui hantaran di Facebook miliknya.

“Tony Spider dah tak ada. Sebentar tadi aku macam tak percaya bila dapat tahu dia dah meninggal dunia. Aku cuba call handphonenya. Dijawab seseorang.

“Jenazah Tony kata lelaki itu sedang diuruskan untuk dibawa ke forensik Hospital Sungai Buloh.

“Allah…semoga rohmu dicucuri rahmat. Tenanglah kau di sana sahabatku,” tulisnya sekitar tiga jam lalu.

Untuk rekod, Tony merupakan anggota asal kumpulan Spider bersama Tam (vokalis), Nafie (pemain gitar).

Allahyarham kemudian meninggalkan kumpulan yang pernah memenangi Juara Lagu menerusi Relaku Pujuk itu dan posisinya sebagai pemain bass digantikan oleh Is.

Spider kini dianggotai oleh Tam, Nafie, Aie (pemain gitar) dan Is (pemain bass). Namun demikian hubungan Tony dan anggota kumpulan yang ‘dibesarkan’ oleh M. Nasir ini tetap akrab.

Al Fatihah dan salam takziah dari Gempak buat seluruh keluarga Tony.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : gempak

Be the first to comment on "Tony Spider Meningg4l Dunia Di Luncai Emas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*