Fazli Zainal positif Covid-19, perlu bantuan pernafasan

Kuala Lumpur: Penyanyi Fazli Zainal yang disahkan positif Covid-19 dikejarkan ke Hospital Ampang selepas tahap oksigen dalam badan menurun kepada 75 peratus, hari ini.

Disebabkan itu, Fazli berkata, dia kini sedang menerima bantuan pernafasan.

“Selepas ujian calitan semalam, hari ini saya dimaklumkan positif Covid-19,” jawabnya ringkas menerusi kiriman WhatsApp. 

Berita mengenai situasi yang dialami Fazli dikongsikan penyanyi Sharifah Zarina menerusi hantaran di Facebook.

“Mohon doa kalian buat sahabat, Fazli Zainal. Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Menyembuhkan,” tulisnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber: HMetro

 

Be the first to comment on "Fazli Zainal positif Covid-19, perlu bantuan pernafasan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*