Lelaki terbaring di tepi jalan disahkan maut kerana Covid-19

Kuala Langat: Polis mengesahkan lelaki yang ditemukan terbaring di tepi Jalan 3 Tepi Laut, Pekan Tanjung Sepat di sini, Rabu lalu, meninggal dunia akibat Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, pihaknya dimaklumkan penemuan itu oleh orang awam pada 5 petang hari kejadian.

“Anggota kemudian menghubungi pegawai kecemasan Klinik Kesihatan Tanjung Sepat untuk bantuan ambulans ke lokasi kejadian dan sebaik pasukan itu tiba, pemeriksaan mengesahkan lelaki tempatan berumur 53 tahun terbabit sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata, siasatan awal yang dijalankan mendapati tiada unsur jenayah dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Banting untuk prosedur lanjut, sebelum mengesahkan kematian akibat Covid-19.

Terdahulu, video berdurasi 19 saat tular di laman sosial menunjukkan pasukan perubatan melakukan pemeriksaan terhadap lelaki berkenaan yang terbaring di tepi jalan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : HMetro

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment on "Lelaki terbaring di tepi jalan disahkan maut kerana Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*