Ibu, abang pergi selamanya, kini kakak pula kritikal akibat Covid-19

Kuala Lumpur: Berat ujian perlu ditanggung apabila kehilangan dua ahli keluarga tercinta hanya selang beberapa hari akibat wabak Covid-19.

Begitu situasi sedih yang dihadapi Ayien sekeluarga apabila ibu dan abangnya meninggal dunia akibat Covid-19 kategori 5.

Ibunya meninggal dunia pada 29 Julai lalu, dan abangnya pula menghembuskan nafas terakhir pada 1 Ogos lalu.

Keesokkannya pula, Ayien sekali lagi menerima perkhabaran duka apabila dimaklumkan kakaknya yang sedang koma semakin kritikal.

Kisah itu dikongsikan Ayien di Twitter miliknya dan turut memohon orang ramai mendoakan kakaknya yang kini bertarung nyawa di hospital kembali sedar.

“Ibu saya yang tercinta telah meninggal 29 Julai akibat Covid-19 stage 5, abang pula meninggal semalam 1 Ogos juga disebabkan Covid-19 stage 5.

“Hari ini (2 Ogos) mendapat perkhabaran kakak saya yang sedang koma, keadaan semakin kritikal. Mohon doa dari semua agar kakak kembali sedar. Saya tak kuat dah,” ciapnya di Twitter miliknya kelmarin.

Sementara itu, Ayien ketika dihubungi Harian Metro memaklumkan belum cukup kuat untuk berkongsi kisah dan hanya mengharapkan orang ramai dapat mendoakan kesembuhan kakaknya.

Terdahulu, perkongsian mengenai pemergian ahli keluarganya akibat Covid-19 di Twitter mendapat perhatian warganet yang rata-rata turut bersimpati dengan situasi dialaminya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber: HARIAN METRO

Be the first to comment on "Ibu, abang pergi selamanya, kini kakak pula kritikal akibat Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*