“Penganjur Minta Bertegas Kerana Golongan ‘Special'” – Carl Samsudin Cerita 6 KronoIogi lnsiden ViraI Tengking GeIandangan

Usahawan dan personaliti media sosial yang vir4l dengan video bersama gelandangan warga emas baru-baru ini, Carl Samsudin tampil semula menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

Baru punyai ruang waktu untuk bercerita, kata Carl situasi yang meledak ekoran sepotong videonya did4kwa menengk1ng seorang gel4ndangan warga emas di ibu kota minggu lalu berpunca dari salah faham dan perspektif berbeza.

Berikut merupakan penjelasan Carl yang diringkaskan semula:

1. Dengar nasihat penganjur

“Sebenarnya masa hari kejadian, saya dijemput sebagai speaker untuk satu program motivasi untuk ubah diri dan bangkit dari kisah silam dan mulakan perniagaan kecil-kecilan.

“Saya dinasihatkan penganjur untuk bertegas dalam menyampaikan, tidak boleh berlembut kerana mereka yang hadir pada hari itu adalah golongan ‘special’.

“Secara berlembut mereka tidak akan dengar kerana ada sebab tertentu mereka berada di situ.

2. Motivasi tak diendahkan

“Sampainya saya di situ, saya diserahkan mikrofon segera untuk memberi kata motivasi kepada mereka.

“Semasa mulakan percakapan saya, kebanyakan mereka duduk di belakang dan makan-makan tanpa hiraupkan apa yang saya cakap.

“Ada seorang itu saya cakap dan panggil dia, dia buat tak tahu sahaja dan teruskan makan.

Saya tanya dia ‘hari ini nak ubah hidup atau teruskan makan seperti biasa?’. Dia pandang saya dan cakap ‘nak makan sahaja’.

Lepas tu dia bangun dan basuh tangan beredar pergi. “Masa ini saya fikir macam mana cara saya nak cakap sebetulnya untuk dapatkan perhatian mereka yang ‘special’ ini.

3. Bertegas, tak boleh berlembut

“Suara saya mula tegas untuk dapatkan perhatian mereka, saya ingat pesanan pihak penganjur ‘nak cakap dengan mereka kena bertegas, tak boleh berlembut’.

“Maka saya tegaskan suara dan cakap siapa yang betul-betul nak saya bantu untuk ubah hidup sila bangun dan duduk di hadapan.

“Berulang kali saya ckaap dan setelah beberapa minit baru mereka yang betul-betul berminat bangun dan ambil kerusi duduk di depan.

4. Bising, jadi tanggal mask

“Dengan keadaan tepi jalan bunyi kereta dan ambulans yang sangat kuat menyebabkan saya tanggalkan pelitup muka saya dan tingkatkan tonasi suara saya.

“Saya teruskan juga bagi motivasi kepada mereka sebab itu amanah yang saya tanggung walaupun masa saya cakap mereka masih teruskan makan dan tidak berapa pandang ke arah saya.

5. Hadiahkan wang

“Agak sukar bagi saya masa ini mendapatkan perhatian mereka.

Untuk itu saya rasa saya perlu komunikasi dua hala dengan mereka. “Maka saya tanyakan soalan kepada mereka ‘Siapa dekat sini secara suka rela sudi bercerita kisah silap kepada orang lain moga menjadi titik persamaan dengan mereka lain’.

“Berkali-kali saya tanya masih tak ada respon dari mereka.

Sehingga setelah sekian lama ada seorang ni angkat tangan. “Bila dia bangun saya gembira. Saya cuba bagitahu mereka lain hebatnya dia ini berani angkat tangan, berani bangun dan cerita kisah silam dia.

“Saya hadiahkan dia sedikit wang untuk meraikan keberanian dia hari itu. Saya bertanyakan kepada dia dan mohon mereka yang lain dengar dan fokus.

6. Pihak cuba api-apikan

“Semasa ini, team saya ada membuat rakaman dan rakaman itu diserahkan kepada saya semasa baliknya saya di rumah.

Dan saya ambil rakaman itu dan postkan di IG Story saya. Seperti saya biasa lakukan selepas program saya jalankan.

“Tiada satu pun komen atau DM negatif saya dapat semasa saya post rakaman itu sebab mereka yang follow tahu apa saya lakukan.

“Tapi setelah satu hari, ada mereka yang berkenaan telah mengambil petikan pendek (bukan semua) dari sosial media saya disiarkan di sosial media mereka dan cuba mengapikan orang ramai.

“Maka terjadilah viral perspektif berbeza oleh orang ramai terutama yang tidak mengenali saya,” jelasnya.

Justeru, kata Carl dia belajar untuk tidak membuat penilaian terlalu cepat apabila setiap kali timbulnya sesuatu isu viral.

“Selepas ini jika saya nampak apa sahaja video atau gambar viral di sosial media, saya tidak akan mudah menilai terus tanpa bertanya empunya badan yang terlibat.

“Kerana takut, jika sebarkan berita yang tidak benar, besar akibat yang saya kena tanggung kelak. Lesson learned,” simpulnya.

Kredit: IG @carlsamsudin

 

Be the first to comment on "“Penganjur Minta Bertegas Kerana Golongan ‘Special'” – Carl Samsudin Cerita 6 KronoIogi lnsiden ViraI Tengking GeIandangan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*