Oksigen menurun doakan Siti Sarah, kandungan selamat

Kuala Lumpur: Penyanyi Siti Sarah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.

Pengurusnya, Nana Mohamad Rom berkata, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari ini, namun sejak semalam dia mengalami batuk.

“Kira-kira jam 6.30 petang Sarah di bawa ke hospital menaiki ambulans. Sepatutnya Sarah memotong gelang kuarantin hari ini tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan apabila mengalami batuk serta tahap oksigennya menurun hari ini,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Shuib menerusi hantaran terbaharu di Instagram memohon orang ramai untuk mendoakan isteri serta anak dalam kandungan.

“Saya mohon doakan isteri saya, Siti Sarah Raissuddin.

“Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan sehala urusan. Allah Maha Segalanya,” katanya.

Menerusi perkongsian video yang dikongsikan, Sarah kelihatan tidak bermaya hingga terpaksa menggunakan bantuan oksigen sambil memeluk anak-anaknya sebelum dibawa ke hospital.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HARIAN METRO

Be the first to comment on "Oksigen menurun doakan Siti Sarah, kandungan selamat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*