PM Umum Dult Bntuan RM500 Dah Masuk. Ramai Yg Buat Smakan Tapi Tak Llus Dult Bntuan. Ini Sebab Knapa Ada Yg Dpat Dan Tldak

Umum maklum, menerusi Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi PEMULIH, Bantuan Kehilangan Pekerjaan BKP bernilai RM 500 akan diberikan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan.

Syarat kelayakan dan permohonan bagi Bantuan Kehilangan Pekerjaan BKP ini adalah berdasarkan data daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP atau PERKESO pada 2021.

Manakala, permohonan BKP adalah sama seperti BKC, dimana semakan silang akan dilakukan dan mereka yang kehilangan pekerjaan tidak perlu memohon.

Terima Manfaat

Seramai 870,000 individu yang hilang pendapatan pada tahun ini bakal menerima manfaat Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM 500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bayaran itu diberikan secara one-off mulai esok melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM 434 j.uta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Menurut beliau, BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP atau Pertubuhan Kes.elamatan Sosial Perkeso dalam tahun ini.

“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar yang terjejas a.kibat p.andemik C0vid 19 sentiasa terbela,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah seperti berikut

Pengkreditan ke akaun bank. Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR atau BKC atau GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif

Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional BSN . Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR atau BKC atau GKP atau tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif.

Kriteria Kelayakan

Kriteria kelayakan BKP adalah berdasarkan data caruman seperti berikut. Mempunyai caruman KWSP atau PERKESO sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun 2020.

Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut sehingga 30 Jun 2021. Caruman April, Mei, Jun 2021.

Kredit : BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : TRENDINGSANGAT

 

Be the first to comment on "PM Umum Dult Bntuan RM500 Dah Masuk. Ramai Yg Buat Smakan Tapi Tak Llus Dult Bntuan. Ini Sebab Knapa Ada Yg Dpat Dan Tldak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*