“Tr4gedi Oktober sangat ni” – Syamsul Debat SeIamba ‘TroII’ Peminat Man Utd

Seperti yang kita tahu, Ustaz Syamsul Debat merupakan antara penceramah selebriti ternama di Malaysia. Beliau dikenali dengan gayanya yang begitu ‘semp0i’ dan sering menyelitkan jenaka-jenaka sinis dalam perkongsian ceramahnya.

Baru-baru ini, beliau berkongsi sebuah video yang dilihat dalam mood menyayat hati melalui akaun Tiktok miliknya, @saudagarsusu.

@saudagarsusu TRAGEDI OKTOBER !!!! KENA TENGOK #fyp ♬ original sound – Syamsul Debat

Pada awalnya, beliau mengetengahkan rasa s1mpati terhadap pasukan bola sepak Negeri Sembilan yang tidak dapat menyertai Piala Malaysia. Ini kerana sebahagian besar daripada para pemainnya diser4ng wab4k c0v1d-19, menyebabkan pasukan itu tidak ada pilihan selain menarik diri dari kejohanan tersebut.

Selepas memberi penekanan terhadap isu tersebut, beliau menyatakan bahawa perkara itu belum cukup menyedihkan lagi. Macam ada udang di sebalik batu je ni…

Masih dengan intonasi yang menyed1hkan, beliau kemudian membuka topik berkenaan pasukan Manchester United yang baru-baru ini kalah teruk kepada musvh ketat mereka, Liverpool.

Tak sangka pula kita akan dikejvtkan dengan berita yang tak disangka-sangka yang berlaku nun di Old Trafford sana. Kesian, tuan-tuan..”

Dalam pada beliau terus ‘bahan’ pemain-pemain Man Utd yang rata-ratanya merupakan pemain terkemuka, Syamsul Debat juga secara perlahan-lahan membuka jaketnya, menonjolkan jersi Liverpool yang dipakai dari awal video lagi. Amboi, halus je ustaz punya troll, ya? 

Kepada penyokong-penyokong Liverpool, sama-sama kita sampaikan ucapan kepada penyokong-penyokong Manchester United dengan ucapan, You Never Walk Alone.

Rata-rata netizen di ruangan komen turut menyambung troll dari beliau. Bukan saja penyokong Liverpool, malah penyokong Man Utd turut terhibur dengan gelagat Syamsul Debat.

   

Jarang tak kelakar tau Ustaz Syamsul Debat ni. Harap-harap fans Man Utd banyakkan bersabar lah ya…

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : LOBAKMERAH

 

Be the first to comment on "“Tr4gedi Oktober sangat ni” – Syamsul Debat SeIamba ‘TroII’ Peminat Man Utd"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*