Berhibur tapi tak Iupa tanggungjawab, gadis dipuji tetap soIat di pusat karaoke

Dalam kita berhibur dan bergembira, tanggungjawab kepada agama jangan dilupakan. Sebagai umat Islam, setiap individu yang sudah akhil baligh diwajibkan untuk menunaikan solat fardu 5 kali sehari jika masih berada dalam keadaan mampu.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Menurut gadis tersebut, ketika mereka sedang solat, salah seorang pekerja telah lalu di hadapan bilik karaoke mereka dan sempat berpesan supaya memanggilnya jika ada yang ingin solat lagi kerana mereka akan memberikan plastik besar sebagai alas tempat sujud.

Selain itu, dalam video lain yang dikongsikan Ras Athirah, dia dan rakan-rakan juga berkongsi momen bagaimana mereka ‘menyeludup’ masuk makanan luar ke pusat karaoke tersebut.

Umum sedia tahu yang pusat karaoke kerap kali menghalang pengunjung membawa masuk makanan luar kerana ia sudah menjadi peraturan disana.

Walau bagaimanapun, mereka tetap ‘kantoi’ kerana sebaik sahaja masuk ke bilik yang ditempah, petugas pusat karaoke terus masuk dan melihat makanan yang mereka bawa.

Perkongsian berkenaan telah mendapat perhatian ramai dan ada diantara warganet pun pernah melakukan hal sama dengan mendirikan solat di tempat-tempat sebegitu memandangkan sudah masuk waktu solat ketika tempoh tempahan bilik dilakukan.

Berhibur tapi tak Iupa tanggungjawab, gadis dipuji tetap soIat di pusat karaoke

Berhibur tapi tak Iupa tanggungjawab, gadis dipuji tetap soIat di pusat karaoke

Berhibur tapi tak Iupa tanggungjawab, gadis dipuji tetap soIat di pusat karaoke

Tonton Video:

Sumber:OMM& TikTok @rasathirah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://belumbalik.com/

 

Be the first to comment on "Berhibur tapi tak Iupa tanggungjawab, gadis dipuji tetap soIat di pusat karaoke"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*