“Ayash Senyum Pda Siapa Tu Sayang” – Shuib Knsi Foto Ayash Trsenyum. Skali Ini Yg Netizen Prasan

Sekeping foto dimuat naik pelawak dan usahawan, Shuib yang menyaksikan anak bongsunya, Ayash Affan sepertinya tersenyum ke ‘satu arah’ membuatkan ramai se.bak hati.

Shuib atau nama lengkapnya, Shahmira Muhamad, 37, menulis kapsyen pada foto tersebut: “Ayash senyum dekat siapa tu sebelah daddy sayang. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.

“Allah maha tahu di atas segala-galanya. Amin Ya Robbal Alamin.”

Menerusi ruangan komen yang rata-ratanya ditinggalkan netizen, ramai yang menyatakan bahawa Ayash sedang tersenyum ke arah ibunya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

“Senyum dekat ibu,” tulis seorang netizen dalam ruangan komen entri yang dimuat naik Shuib.

“Ibu tengah senyum dekat Ayash tu. Ge.ram tengok Ayash comel sangat. Membesar dengan sihat ya sayang,” coret seorang netizen lain pada entri yang sama.

Lebih membuat rasa se.bak terus bersarang dalam jiwa ramai, seorang pengguna Facebook, Bunga Querida bertindak menyunting foto yang dimuat naik Shuib yang memperlihatkan Ayash sedang tersenyum ke arah Allahyarham ibunya.

“Terbaca post (hantaran status) Shuib tadi. Allah, sebak rasa.

“Anakku, jangan berse.dih meski tadi ibu memeluk dirimu sejenak saja, karena yang perlu kamu tahun, hati ibu memelukmu selamanya.

“Foto ini saya edit dari yang asal. Sebak pula tengok balik,” tulis pengguna Facebook berkenaan seraya menyertakan beberapa keping foto yang telah disuntingnya Ayash sedang tersenyum ke arah Allahyarham ibunya.

Malam tadi, majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik Ayash Affan telah diadakan yang disempurnakan Ustaz Tarmizi Abdul Rahman di kediaman Shuib di Puchong, Selangor. Pada majlis sama, turut diadakan majlis tahlil 100 hari untuk Allahyarham Siti Sarah.

 

Sumber:k!online

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : https://www.dnq.pw

Be the first to comment on "“Ayash Senyum Pda Siapa Tu Sayang” – Shuib Knsi Foto Ayash Trsenyum. Skali Ini Yg Netizen Prasan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*