Dianugerah Pangkat ‘Datuk’, Netizen Puji Nicol David Anggun Berbaju Kurung & Bersanggul Masuk Istana Negara

Penampilan legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David yang berbaju kurung ungu dan rambut rapi bersanggul ketika istiadat menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 di Istana Negara pada Selasa mendapat pujian netizen.

Ada yang menyifatkan penampilan Nicol tampak eksklusif sesuai dengan penganugerahan yang baru diterimanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nicol David (@nicoldsquash)

“Tahniah Datuk Nicol, stunning and dashing look with baju kurung and hair bun,” puji pemilik akaun @wanny_azizan di hantaran terbaharu Nicol.

Terus dihujani komen positif dan ucapan tahniah dari netizen, Nicol juga merupakan individu yang layak untuk menerima darjah kebesaran itu.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa berkenan mengurniakan Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada Nicol.

Nicol, 38, adalah antara 12 penerima PJN pada sesi kedua istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Isitiadat itu berlangsung dalam keadaan norma baharu susulan wab4k COV!D-19 dengan tetamu yang hadir perlu memakai pelitup muka, disaring suhu badan dan mengimbas kod QR MySejahtera di balai keselamatan Istana Negara.

Para petugas di Istana Negara turut memakai pelitup muka dan kerusi di Balairong Seri disusun berdasarkan penjarakan fizikal seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Menerusi tatacara panduan penerima Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Persekutuan, Bintang-Bintang dan Pingat Persekutuan, penerima pingat bukan Melayu wanita dibenarkan berpakaian kebangsaan masing-masing atau pakaian yang bersesuaian yang panjangnya tidak kurang dari paras bawah lutut.

Selain itu, penerima pingat perlu berkasut penuh menutup jari kaki.

Manakala, penerima pingat Melayu wanita perlu berbaju kurung atau kebaya labuh, berselendang (kecuali yang bertudung) dan berkasut penuh menutup jari kaki.

Komen Rakan2 Artis :

 

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "Dianugerah Pangkat ‘Datuk’, Netizen Puji Nicol David Anggun Berbaju Kurung & Bersanggul Masuk Istana Negara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*