Atok Jadi Rider ‘GrabFood’ Untuk Sara Diri Buat Ramai Sebak

Sayu hati apabila melihat seorang warga emas yang mencecah usia 68 tahun masih gigih mencari rezeki demi sesuap nasi.

Apatah lagi jika pekerjaan yang dilakukan adalah pekerjaan yang umum ketahui memang berat untuk dipikul oleh seseorang seusianya.

“Dia buat grab untuk sara diri..”
Video yang dimuat naik oleh @danielashraf1370 di laman Tiktok ini menceritakan kisah sedih mengenai Atuk ini yang terpaksa bekerja sebagai ‘Rider Grab Food’ demi menyara diri telah meruntun hati netizen.

Lelaki ini yang juga bekerja dalam bidang sama turut bersimpati dengan keadaan Atuk berusia 68 tahun ini yang telah memasuki tempoh 2 bulan bekerja setelah tamat pekerjaan sebagai pemandu lori.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berjurai air mata melihat video perkongsian ini. Malahan ramai yang mencari jalan untuk membantu dengan cara memberi sedikit wang dan sumbangan kepada Atuk ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber:mstar

Be the first to comment on "Atok Jadi Rider ‘GrabFood’ Untuk Sara Diri Buat Ramai Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*