“Naik 10 Sen Hingga 45 Sen” – Ini Senarai Harga Baru Produk Roti Gardenia Mulai 1 Disember.

Kenaikan harga ayam dan sayur-sayuran sudah cukup memb1mbangkan, kini pengeluar roti tempatan Gardenia pula dilihat akan menaikkan harga roti mereka mulai 1 Disember 2021.

Pengguna di Semenanjung Malaysia bakal terpaksa membayar tambahan sekitar 10 hingga 45 sen untuk produk berasaskan roti keluaran Gardenia.

 

Antara harga baharu lain bagi produk Gardenia ialah Gardenia Original Classic Jumbo 600g RM4 (naik daripada RM3.55), dan Gardenia Bran & WheatGerm 400g RM2.90 (naik daripada RM2.50).

Setelah sekian waktu mengekalkan harga, syarikat pengeluar produk berasaskan roti, Gardenia akan menaikkan harga rangkaian produk mereka mulai 1 Disember ini.

Menurut Pegawai Eksekutif Gardenia Bakeries Kuala Lumpur, Koh Chin Huat, peningkatan harga produk yang dikenakan kepada pelanggan Gardenia di Semenanjung Malaysia itu mengambil kira faktor kenaikan kos akibat penularan COVID-19.

  • Classic Original Gardenia – RM2.80
  • Roti Jumbo – RM4
  • Roti bajet Bonanaza Big Value – RM3.10
  • Roti bijirin gandum penuh Gardenia – RM3.60
  • Roti Bran & WheatGerm – RM2.50
  • Rangkaian roti Delicia dan Toast-em (Butterscotch, Choco Raisin, Raspberry Milk dan Cranberries, Pandan Kelapa) – RM5
  • Roti sambal bilis – RM1.30
  • Roti krim Quick Bites – RM1

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber: Sinar Harian

Be the first to comment on "“Naik 10 Sen Hingga 45 Sen” – Ini Senarai Harga Baru Produk Roti Gardenia Mulai 1 Disember."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*