Bapa Bangga, Satu Family D0ktor Gigi.

Kuala Lumpur: Ibu bapa mana yang tidak bangga apabila anak mereka mengikuti jejak langkah dalam profesion pekerjaan, malah menjadi fakt0r pendorong kejayaan mereka.

Keluarga ini boleh diibaratkan sebagai Keluarga D0ktor Gigi apabila ibu bapa serta dua anaknya mempunyai profesion pekerjaan yang sama sebagai d0ktor gigi sekali gus berkhidmat untuk masyarakat.

Paling unik, keluarga berkenaan turut menuntut di fakulti yang sama iaitu Fakulti Pergigian, Universiti Malaya (UM) termasuk dua anak pasangan berkenaan.

Pasangan berkenaan, Dr Che Mohd Fadzilah Che Fadzil, 58, dan isterinya, Dr Jamilah Yusuf, 59, tidak menyangka bahawa dua anak mereka mengikuti jejak langkah mereka.

Menceritakan lanjut, Dr Jamilah berkata, kedua-dua anaknya itu sememangnya mempunyai minat yang mendalam dalam profesion berkenaan dan kecenderungan mereka sudah dapat dilihat sejak di bangku sekolah lagi.

“Saya tidak pasti apakah fakt0r yang mendorong mereka, cuma saya dan suami sering berborak tentang keadaan pesakit di meja makan, kami bertukar pandangan dan adakalanya mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi pesakit.

“Sebagai ibu, saya rasakan itulah fakt0r yang mendorong anak-anak kami apabila sejak daripada kecil lagi sudah mendengar terma-terma dalam kesihatan pergigian.

“Jujur, saya bangga mempunyai anak yang mengikuti jejak langkah serta minat yang sama, menjadi d0ktor gigi bukan hanya sebagai d0ktor tetapi paling penting adalah berkhidmat dengan masyarakat,” katanya kepada Metro Ahad, semalam.

Bagi Dr Che Mohd Fadzilah, beliau tidak pernah mengimpikan bahawa anak-anaknya itu akan mengikut jejak langkah ibu bapanya serta menaruh minat yang sama dalam profesion dokt0r pergigian.

“Kedua-dua anak saya iaitu Dr Mohd Amirul Fahmi kini sedang dalam melanjutkan pengajian dalam bidang sarjana pergigian di UM serta seorang lagi anak, Dr Farah Nur Fildza yang baru meraikan konvokesyennya minggu lalu.

“Seorang lagi anak saya iaitu Mohd Danial Furqan, 20, adalah anak istimewa menghidap autisme,” katanya.

Di samping itu, Dr Mohd Fadzilah berkata, beliau turut mengharapkan kedua-dua anaknya itu dapat meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat kerana profesion d0ktor pergigian ini bukan sekadar seorang d0ktor, tetapi yang paling pent1ng adalah sumb4ngan kepada masyarakat.

 

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "Bapa Bangga, Satu Family D0ktor Gigi."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*