Cik Epal Dan Suami Sediakan Pizza ‘WAGYU’ Untuk Mngsa Bnjir, Dipuji Netizen

 

Bencana banjir yang melanda di beberapa kawasan dalam negara telah membuka peluang buat pasangan usahawan yang juga pengamal media sosial terkenal, Cik Epal dan Jofliam untuk memberi bantuan buat mereka yang memerlukan.

Buka Khemah Masak Piza 

Bukan sahaja telah membeli bot, mengerahkan tenaga dan menyalurkan kelengkapan, pasangan suami isteri ni juga telah mendirikan khemah di sebuah Pusat Penempatan Sementara (PPS) mangsa banjir bagi menyediakan menu piza kepada mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06)

Ramai Terharu Dengan Cik Epal & Jofliam

Hantaran tersebut turut ditangkap layar oleh pengguna laman Twitter yang dikongsi semula menerusi akaunnya yang kini telah tular. Ciapan yang telah mendapat lebih dari 8 ribu tanda suka itu (ketika artikel ini ditulis) mencetuskan rasa terharu dikalangan netizen atas sikap dermawan Cik Epal dan Jofliam.

Lebih mengharukan, dalam sebuah hantaran Cik Epal turut memberitahu kenderaan pelbagai guna, ATV milik mereka telah rosak ketika berada dalam misi memberi bantuan. Namun, menurutnya perihal tersebut tidak penting ketika itu kerana ingin mengutamakan bantuan yang perlu disalurkan,selamat tiba kepada mangsa-mangsa banjir.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06)

“Jalan memang teruk dan berselut.Kereta pon tak boleh masuk nanti sangkut.

“Sampai ATV kitorang pon berasap.Tapi kitorang kezzahh (tidak kisar) kan je.Balik nanti ATV boleh repair.Janji bantuan sampai ke rumah depa yang terputus jalan ini” kongsi Cik Epal

Rata-rata pengikut pasangan ini mengucapkan terima kasih atas kesudian dalam memberikan pertolongan selain mendoakan mereka terus dimurahkan rezeki.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : murai.my

 

Be the first to comment on "Cik Epal Dan Suami Sediakan Pizza ‘WAGYU’ Untuk Mngsa Bnjir, Dipuji Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*