Sedih Tapi Kelakar, Sir Fathi Kongsi Sebalik Tabir Video Dia Mengajar

Umum sedia tahu akhir-akhir ini beberapa kawasan telah dilanda banjir yang menyebabkan banyak rumah ditenggelami air. Namun ada beberapa lokasi yang banjir ini semakin surut dan ramai yang sudah pun berjaya pulang ke kediaman masing-masing.

Namun begitu, pastinya rumah-rumah ini harus dibersihkan dan banyak barang-barang yang perlu dibaik pulih atau tidak boleh digunakan lagi. Sir Fathi, seorang guru matemat!k yang sering mencuri tumpuan umum ini juga tidak terkecuali diuji dengan bencana alam tersebut.

Walau bagaimanapun, satu video yang memaparkan Sir Fathi tetap mengajar biarpun berlatarbelakangkan rumah yang sedang dibersihkan ini telah mencuri perhatian warganet. Jelas kelihatan dalam rakaman ini beberapa rakannya datang membantu membersihkan apa yang patut.

Berikut adalah rakaman Sir Fathi tetap mengajar biar diuji bencana alam yang dikongsikannya menerusi TikTok ini:

Perkongsian rakaman Sir Fathi ini telah meraih lebih 256 ribu likes dan 1.7 juta tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Hahaha part last tu main nyembur jalan pulak”

Sir Fathi bencana alam 4

“Dalam menghadapi bencana, kita menghadapi addmath. Btw salute sir”

Sir Fathi bencana alam 3

“Dia mengajarkan kita bahawa walaupun buku lunyai atau basah kena banjir tetaplah belajar ambek ilmu”

Sir Fathi bencana alam 2

“Walaupun kena musibah tapi tetap bagi orang ilmu. Tetap boleh tersenyum. Moga Allah permudahkan segala urusan sir”

Sir Fathi bencana alam 1

Sumbermathsanova

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : HCL

 

Be the first to comment on "Sedih Tapi Kelakar, Sir Fathi Kongsi Sebalik Tabir Video Dia Mengajar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*