Zulin Aziz Tunai Umrah, Sempat Buat Solat Hajat Untuk M4ngsa Banjir Di Depan Kaabah

 

Pelakon Zulin Aziz sempat menitipkan doa buat m4ngsa-m4ngsa banjir yang melanda negara ketika menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.

Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 32, dia bersama teman-teman umrahnya turut menunaikan solat hajat bagi kesejahteraan semua m4ngsa banjir.

“Apa yang saya mampu, saya selitkan tiap doa saya di sini buat semua m4ngsa banjir di Malaysia.

“Alhamdulillah, selesai solat hajat buat m4ngsa banjir di Malaysia, doa buat keluarga, sahabat dan followers. Semoga Allah perkenan doa-doa kita,” tulis Zulin di ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz)

Menerusi perkongsian tersebut, Zulin yang baru tiba di Makkah pada Isnin bagi menunaikan umrah dilihat membawa nota nama-nama pengikutnya yang menitipkan doa untuk dibacakan di hadapan Kaabah.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya berterima kasih pada Zulin di atas doa-doa dan solat hajat yang ditunaikan untuk m4ngsa-m4ngsa banjir di Malaysia sewaktu menjadi ‘tetamu Allah’.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 20,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Hujung minggu lalu, hujan berterusan selama dua hari di sekitar Lembah Klang dengan kebanyakan kawasan dinaiki air menyebabkan banjir di luar jangkaan.

Tidak hanya Selangor, banjir besar turut melanda negeri Negeri Sembilan, Pahang, Perak sehingga menyebabkan ramai orang kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

Sementara itu, jumlah m4ngsa banjir di Selangor dan Pahang mencatatkan angka 61,000 orang dan mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Komen netizen:

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber: Gempak

 

Be the first to comment on "Zulin Aziz Tunai Umrah, Sempat Buat Solat Hajat Untuk M4ngsa Banjir Di Depan Kaabah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*