“Mungkin Ramai Masih Kenal..” – Akak Ni Terserempak Dengan ‘Mami Jarum’ Di Klinik

Filem berjudul Mami Jarum ini pernah menjadi satu fenomena luarbiasa sekitar penerbitannya pada tahun 2002. Dibintangi oleh Kartina Aziz sebagai watak utama yang juga digelar mami jarum, filem tersebut berkonsepkan lawak dan memaparkan keadaan masyarakat di Pulau Pinang.

Malah karakter Mami Jarum tersebut melekat pada Kartina Aziz sehingga ke hari ini, begitu lakonannya memberikan kesan kepada penonton filem itu. Walau bagaimanapun, baru-baru ini seorang pengguna TikTok dengan nama akaun uminuhamiza21 berkongsikan satu rakaman yang dia terserempak dengan Mami Jarum di klinik telah mencuri perhatian ramai.

Dalam rakaman tersebut rupa-rupanya klinik dikunjungi individu itu sedang ada penggambaran sedang berlangsung. Jadi tidak hairanlah boleh terserempak dengan pelakon berkenaan. Berikut adalah rakaman terserempak dengan Mami Jarum di klinik yang dikongsikan ini:

Video

Sempat juga gadis tersebut mengambil gambar bersama Kartina Aziz. Apa-apa pun perkongsian rakaman terserempak dengan Mami Jarum ini telah meraih 351 ribu tontonan dan 23 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Maintain segak la mami jarum pun. Tapi tu la hat duk berkelubung tengah2 hangat tu kenapa”

Terserempak mami jarum 4

“Pelakon yang terbaik..Susah nak dapat pelakon macam ni dah”

Terserempak mami jarum 3

“Lagu tue kaa?? (Tangan angkat sambil tayang gelang emas)”

Terserempak mami jarum 2

“Suka Mami berlakon”

Terserempak mami jarum 1

Sumberuminuhamiza21

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber :  hcl

 

Be the first to comment on "“Mungkin Ramai Masih Kenal..” – Akak Ni Terserempak Dengan ‘Mami Jarum’ Di Klinik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*