Tular Video Adik Hil4ng R0bot Mainan Kerana Banjir, Adik Ini Twarkan Nk Belikan Yang Baru

Korang ingat lagi tak dengan adik ‘menyerah jelah’ sebab hilang robot yang baru je dia beli masa banjir haritu? Ramai salute dengan jawapan dia walaupun tahu dia tengah sedih.

Kanak-kanak yang seusia dengan adik tu mesti sedih kalau mainan favourite rosak bila belum sempat nak main betul-betul… Tapi, kesedihan adik tu nampaknya akan berakhir tak lama lagi bila ada yang offer untuk belikan mainan baru!

Lebih mengejutkan, adik kecil yang lebih kurang sebaya yang semangat nak belikan tau! Korang boleh tengok dalam video yang dikongsikan menerusi TikTok kat bawah ni.

Comel je dia cari kat online shop mainan-mainan yang sesuai lepas tengok video kawan hilang robot tu… Haih, cair hati akak ni dik! 

Klik Untuk Video

“Tau dok ghumah dio hok mana? Nok gi anta mainan ke dio ni” – Adik dalam video

Kepetahan adik ni berkata-kata tambah pula dengan dialek Kelantan ternyata buat ramai netizen sebak dan terharu dengan sikap baik hatinya malah siap ada yang mendoakan supaya segala urusan dimudahkan untuk adik ni.

Sikap pemurah adik yang dikenali sebagai Rayyan ini mendapat sokongan penuh dari ibunya kerana boleh dengar di hujung video bahawa ibunya akan sampaikan mainan tersebut kepada adik dalam video TikTok itu.

Wah! Baik betul lah adik Rayyan ni! Min doakan supaya mainan tu sampai pada orangnya yaa… Untuk adik yang akan terima mainan baru tu, semoga kesedihan awak terubat okay? Hihihi…

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : lobakmerah

 

Be the first to comment on "Tular Video Adik Hil4ng R0bot Mainan Kerana Banjir, Adik Ini Twarkan Nk Belikan Yang Baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*