Rumah T4k Namp4k Bumbng, Kedai ‘T0t4l L0st’. Wanita Ini Sebak 1000 Helai Tdung Tengglam Dalam Bnjir

PERASAAN pilu di hati, tak siapa mampu mengerti.

Menurut Anita Hassan, 27, yang juga mngsa bnjir di Batu Kapur, Mentakab, Pahang, dugaan kali ini membuatkan dia terduduk dengan linangan air mata.

Selain kediamannya yang ditengglami air hingga ke paras bumbung, kedai tudung dan kosmetik miliknya turut mengalami kerugian akibat bncana berkenaan.

“Kami sekeluarga berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pada 19 Disember lalu. Air di rumah dah surut, tapi lumpur masih banyak. Jadi sehingga hari ini saya masih di PPS.

“Rumah kami tak ada tilam, tak ada bantal. Pakaian pun tak ada. Saya hanya sempat bawa tiga helai ketika berpindah tempoh hari.

Video

“Boleh dikatakan total lost. Air naik sehingga tenggelam paras bumbung rumah. Awal tahun dulu pun dah banjir teruk, tapi lumpur tak seteruk kali ini,” ujarnya yang mesra disapa Eyta.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dugaannya bagaikan berganda apabila kedai di Bandar Mentakab yang diusahakan sejak empat tahun lalu turut ditenggalami banjir.

eyta1

Eyta membuat tutorial penggayaan tudung.

Lebih pilu katanya, kira-kira 1,000 tudung jualannya turut basah dalam kejadian yang berlaku pada minggu lalu.

“Selain rumah, kedai pun total lost. Tak sangka air naik juga di kawasan kedai. Kami dah angkat barang letak tinggi-tinggi, tapi tetap ditenggelami air. Bandar Mentakab biasanya jarang banjir.

“Ia bisnes keluarga, kami top up sikit-sikit barang-barang, namun semuanya hancur sekelip mata. Barang kosmetik semua tak dapat diselamatkan, kena buang.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Masa mula-mula buka kedai selepas air surut, saya rasa terduduk. Inilah dugaan paling besar. Saya memang menangis, hilang kata-kata,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Eyta turut berkongsi video kerosakan kedainya menerusi aplikasi TikTok sehingga meraih hampir sejuta tontonan.

Kata Eyta, dia sebak membaca komen orang ramai yang mendoakan kesejahteraan dia sekeluarga sehingga ada yang turut memberi sumbangan wang kepadanya.

eyta2

Kesan bencana banjir yang dikongsi Eyta.

“Saya sedih bila video itu viral, ramai yang prihatin. Ada juga yang sumbangkan duit kepada saya,” ujarnya sebak.

Bagi meneruskan kehidupan, Eyta turut merancang untuk membersihkan tudung-tudung yang berjaya diselamatkan yang mana ia akan dijual pada harga murah kepada orang ramai.

“Saya rancang untuk cuci tudung tu bersih-bersih, InsyaAllah minggu depan saya nak jual pada harga RM4 atau RM5 sehelai.

“Walaupun tak balik modal, saya tak kisah, tak apalah daripada langsung tak dapat apa-apa,” ujarnya sebak.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber :  mstar

 

Be the first to comment on "Rumah T4k Namp4k Bumbng, Kedai ‘T0t4l L0st’. Wanita Ini Sebak 1000 Helai Tdung Tengglam Dalam Bnjir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*