Anak Angk4t L3ceh, Ivan Gunawan ‘Bela’ 2 Anak P4tung

 

Pengacara dan pereka fesyen terkenal Indonesia, Ivan Gunawan memelihara dua anak patung yang dianggap seperti anak sendiri menjadi perbualan hangat netizen.

Ads by

Menurut laporan Kapanlagi, Ivan mendapat anak patung pertama daripada Ruben Onsu yang kini diberi nama Miracle Putra Gunawan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by INDONESIAN QUEEN MAKER (@ivan_gunawan)

“Saya dapat baby Eqqel ini hadiah daripada Kak Ruben dan dia juga ada baby bernama Robby, jadi saya terus cakap dekat dia yang saya juga mahu.

“Ruben suruh saya bagi gambar saya semasa kecil dan muka Eqqel ini diambil daripada bentuk muka saya masa masih kecil,” katanya.

Kata Ivan, baby Eqqel bukan hanya sekadar anak patung tetapi juga merupakan teman hidup yang sentiasa bersama dengannya sehingga dia mencipta akaun Instagram untuk ‘anaknya’ itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Miracle & Marvelous (@anakputramahkota)

“Saya mencipta akaun Instagram untuknya kerana saya menganggap baby Eqqel sebagai teman hidup yang boleh dibawa kemana-mana dan boleh hidup bersama-sama,” ujarnya.

Ivan tidak hanya mempunyai satu ‘anak’, tetapi dia sekarang memiliki dua ‘anak’ yang sama-sama didapati daripada pemberian Ruben malah Ivan turut membeli peralatan bayi seolah-olah dia mengasuh mereka seperti anak sendiri.

Ivan juga selalu mengajak Miracle dan Marvel keluar berjalan-jalan dan juga telah membawa kedua ‘anaknya’ itu meluangkan masa bersama keluarga Ruben Onsu ketika perayaan Krismas.

Tindakan Ivan itu mengundang banyak persepsi daripada masyarakat sehingga ada yang mempersoalkan kenapa dia memilih tidak mengambil anak angkat.

“Saya bukan tidak mahu mengambil anak angkat, tetapi itu memerlukan banyak persiapan dan mengambil anak bernyawa itu berat, hati kena betul-betul sayang,” katanya.

Namun begitu, Ivan tidak menutup kemungkinan untuk mengambil anak angkat pada masa hadapan.

 

Sumber:Suara Merdeka

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : dnq.pw

 

Be the first to comment on "Anak Angk4t L3ceh, Ivan Gunawan ‘Bela’ 2 Anak P4tung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*