Mirip C.Ronaldo, Penjaga Masjid Ini Buatkan Ramai Terpukau

 

BINTANG bola sepak dari Portugal, Cristiano Ronaldo sememangnya digilai oleh peminat wanita bukan saja kerana skilnya di atas padang, tetapi mempunyai wajah yang tampan.

Baru-baru ini, tular di media sosial kisah seorang pemuda dari Aceh yang dikatakan mirip bintang Manchester United itu.

Pemuda bernama Agus Habibi, 22, mula mendapat perhatian warganet selepas satu klip video memaparkan dirinya sedang tersenyum dimuat naik oleh rakannya di laman TikTok @Jamanggogo.

Pautan Video

Menerusi video berkenaan, kelihatan Agus baru sahaja memasuki masjid untuk melaungkan azan dan sempat melemparkan senyuman kepada rakannya yang sedang membuat rakaman.

Bersama-sama video itu, rakannya turut menulis kapsyen: “Kamu lihat Ronaldo di masjid untuk melaungkan azan”.

Difahamkan, Agus merupakan seorang penjaga masjid di Jambi. – Medan.tribunnews

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber :  mstar

 

Be the first to comment on "Mirip C.Ronaldo, Penjaga Masjid Ini Buatkan Ramai Terpukau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*