Pintu Hati DJ Lin Sentiasa Terbuka, Cuma Tiada Lagi Yang Berani Masuk

 

LIMA belas tahun menjadi ibu tunggal kepada dua orang anak, penyampai radio Suria FM iaitu DJ Lin mengakui dia kini mempunyai keinginan untuk berkahwin lagi.

Tiada masa untuk mencari pasangan, DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid bagaimanapun sentiasa membuka pintu hati kepada mana-mana lelaki yang ingin mengenalinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta)

“Setiap orang yang masih single, mesti akan terfikir untuk berkahwin dan hidup dengan pasangan.

“Cuma kita ini wanita berkerjaya… bukan senang untuk ada masa nak mencari atau berkenalan. Saya lebih menyerahkan perkara ini kepada Allah.

“Sebab jodoh, ajal dan maut itu kuasa Allah. Cuma, saya harap kalau ada jodoh yang bakal hadir dalam hidup saya itu nanti datang daripada orang yang baik.

“Saya pun tak pernah menutup pintu hati saya… pintu hati saya sentiasa terbuka. Cuma tak ada orang nak cuba masuk,” katanya kepada mStar.

Penyampai Radio Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ini menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-46 pada 31 Disember, Jumaat.

Dalam pada itu, DJ Lin berkata kemungkinan lelaki sukar mendekatinya kerana menganggap dia seorang wanita berkerjaya dan tidak mudah melayan orang.

“Sebenarnya, saya sendiri tak tahu apa persepsi lelaki terhadap saya. Mungkin juga mereka takut nak dekat sebab melihat saya ada karier… mungkinlah.

DJ Lin 1

DJ Lin mempunyai dua orang anak.

“Mungkin juga mereka tengok saya ini tak pernah nak melayan. Lagi-lagi di media sosial memang tak ada masa nak layan.

“Tak pernah saya nak layan lebih-lebih dan tak beri ruang. Mungkin ada yang mencuba tapi tak berjaya,” ujarnya.

Untuk rekod, DJ Lin bercerai pada 2006 dan mempunyai dua orang anak bernama Nureen Aresya 20, dan Nazren Asyran, 18.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber :  mstar

 

Be the first to comment on "Pintu Hati DJ Lin Sentiasa Terbuka, Cuma Tiada Lagi Yang Berani Masuk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*