Sufian Suhaimi Kongsi Pengalaman Kali Pertama Mengerjakan Umrah & Hal Yang Didoakan Di Depan Kaabah

 

Penyanyi, Sufian Suhaimi mengakui tidak dapat menahan rasa seb4k saat mengerjakan umrah buat pertama kali awal Disember lalu.

Katanya, hal yang ingin dilakukan ketika tiba dan berada di tanah suci adalah untuk melihat Kaabah dengan mata sendiri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sufian Suhaimi 🇲🇾 (@sufiansuhaimi_)

“Sebelum tiba di Mekah, saya memang teruja untuk melihat Kaabah. Sesampainya di sana, saya masih boleh kawal perasaan lagi. Tetapi, apabila tawaf bermula, tiba-tiba hati menjadi sayu. Tak tahulah kenapa… Mungkin sebelum pergi umrah ada macam-macam isu yang saya lalui, termasuklah tentang kerja, hubungan cinta dan juga hal-hal peribadi.

“Jadi saya gunakan kesempatan berada di sana untuk berdoa dan meminta kepada Allah. Tentulah, saya minta kemudahan untuk bekerja, kesihatan yang baik, dipertemukan jodoh yang baik, rezeki dan juga kesejahteraan dunia serta akhirat,” katanya kepada Gempak.

Tambah Sufian, dia berasa puas ketika meminta dan berdoa di sana dan berasa sedikit berbeza sekembalinya dia dari Mekah.

“Rasa best dan puas sangat… sebab kita dapat mengadu dan dapat bercerita semua mas4lah kepada Dia. Saya juga ada rasakan perubahan selepas balik daripada mengerjakan umrah.

“Rasanya ada doa saya yang telah dimakbulkan dan saya juga ada dapat apa yang saya minta,” ujarnya yang ingin kembali ke tanah suci jika diberi peluang dan rezeki pada masa akan datang.

Ditanya tentang pengalaman mengerjakan umrah saat C0VlDl9 masih lagi mengg4nas, Sufian mendedahkan, dia sentiasa berasa selamat ketika berada di sana memandanhkan prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan oleh kerajaan di sana begitu ketat.

“Bila ada SOP, perjalanan ibadah umrah di sana menjadi lagi tersusun, sebab semua pergerakan ada batas. Sebagai contoh kalau nak masu Raudah, nak ziarah makam Rasuliullah kita perlu ada permit.

“Mahu solat lima waktu di Masjidil Haram di Mekah pun harus ada permit. Ibu dan ayah saya cerita, sekarang best sangat sebab jemaah tak ramai maca dulu. Kata mereka, keadaan ketika mengerjakan umrah sebelum ini agak sesak, sampai tawaf pun tak dapat tengok Kaabah. Alhamdulillah masa saya pergi ni, kita boleh buat tawaf dengan selesa,” katanya yang ke sana dengan ibu dan bapanya.

Dalam perkembangan lain, Sufian bakal memulakan aktiviti seninya tidak lama lagi, selain menyatakan keinginan untuk membantu mereka yang terlibat dengan mus1bah banjir.

Komen netizen:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber :  gempak via sinarviral

 

Be the first to comment on "Sufian Suhaimi Kongsi Pengalaman Kali Pertama Mengerjakan Umrah & Hal Yang Didoakan Di Depan Kaabah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*