Kak KM Bawa Anak Jumpa Doktor, Usia 10 Hari Sudah Tumbuh Gigi.. Ini Respon Dari Doktor Tu Sendiri..

Jarang sekali berlaku apabila bayi yang baru dil4hirkan mempunyai gigi.

Namun itu yang terjadi kepada bayi perempuan kepada usahawan kosmetik Kak KM yang baru berusia 10 hari.

Cerita Kak KM atau Liana Rosli, 40, dia juga terkejut saat melihat gigi bayi perempuannya, Cinta Carissa mula tumbuh di bahagian bawah pada hari kedua kelahirannya.

“Pada hari kedua dah nampak, kita memang terk3jut. Apabila dia men4ngis boleh nampak gusi dia macam ada putih-putih.

“Anak saya yang ketiga tu beritahu macam ada gigi. Sehari dua selepas tu gigi dia nampak lebih jelas.

“Apabila saya berkongsi di Instagram ada pula orang komen dengan mengatakan benda ni jarang sangat berlaku. Ikut kepercayaan mereka keadaan ini menunjukkan bayi ni bawa tuah, bawa rezeki yang besar. Minta-minta benda tu betul la,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Video

Cinta Carissa merupakan cahaya mata keempat Liana yang dilahirkan pada 22 Disember lalu secara normal.

Untuk info, pertumbuhan gigi yang awal sejak dilahirkan digel4r sebagai gigi Natal dan ia sangat j4rang berlaku.

Mengikut kebiasaannya gigi akan mula tumbuh saat bayi memasuki usia enam hingga lapan bulan.

Dalam pada itu Liana berkata dia sudah merujuk kepada doktor berhubung perkara itu dan dimaklumkan tiada yang perlu diris4ukan.

“Semalam (Khamis) saya bawa untuk pemeriksaan, dktor kata tak ada apa-apa yang perlu diris4ukan.

“Baby ku4t ni dia kata… dktor kata biarkan sahaja.

“Baby dah boleh meniarap dah boleh pusing badan sendiri. Doktor pun kata tak pernah jumpa baby macam ni,” katanya.

Ketika ditanya tentang amalan berpantang, Liana memberitahu dia masih mengamalkan penjagaan kesihatan secara tradisional selama 44 hari.

Menurutnya kesihatan dalaman wanita perlu dijaga dengan sebaiknya agar tidak memudaratkan diri pada masa akan datang.

“Dalam hal berp4ntang saya memang ikut betul-betul iaitu selama 44 hari. Kalau makan kena makanan yang kering… nasi dengan ikan bilis yang digoreng dengan bawang putih dan lada hitam. Itu je la lauk setiap hari.

“Saya memang tak akan keluar rumah. Suami yang siapkan makan dan minum,” katanya.

Selain Cinta Carissa, perkahwinan Liana dan suaminya Razman Ramli dikurniakan dua lagi anak perempuan serta seorang lelaki iaitu Nabila Razman, 18, Fariz Razman, 14 dan Rania Razman yang berusia 11 tahun.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : mStar

 

Be the first to comment on "Kak KM Bawa Anak Jumpa Doktor, Usia 10 Hari Sudah Tumbuh Gigi.. Ini Respon Dari Doktor Tu Sendiri.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*