T4kut Nak Sun4t, Gelagat Bud4k Ini Hiburkan Netizen- “Ya Allah Men4ngkan Aku”

 

Apabila bermulanya musim cuti sekolah, kebiasaannya ibu bapa akan mengambil peluang untuk hantar anak lelaki bersunat. Waktu itu seperti biasa, bermacam ragam cukup menghiburkan dapat disaksikan tak ubah seperti satu perkongsian video ini.

 

Sebuah video di akaun TikTok @Cikgu Hafiz tular selepas dia memuat naik rakaman anak saudaranya yang ketakutan untuk disunatkan. Siap berkain pelikat, budak lelaki itu sudah pun baring dalam posisi bersedia untuk melalui pengalaman itu. Walau bagaimanapun, dia tidak henti menyebut “Ya Allah” akibat terlalu nervous sehingga badannya terpaksa dipegang kiri dan kanan.

Pautan Video

Tak tahan gelak je rasanya…Macam-macam ragam anak saudara cikgu ni

 

 

Selepas meraung beberapa kali, ada ahli keluarga menghulurkan telefon bimbit untuk mengalihkan perhatian budak tersebut. Tatkala sedang asyik bermain game, dia sempat berdoa untuk diberikan kemenangan pula menyebabkan yang lain turut ketawa. Dalam pada itu, si adiknya juga turut berada di sisi menemani sambil bantu mengelapkan peluh.

Pautan Video

Ya Allah bagilah aku menang…Disebalik keperitan yang abang lalui mesti ada adik dibelakang

 

“Sorry dik tergelak….Aku ingat dia baca doa sebab takut rupanya nak menang”

Sejak dikongsikan semalam, video itu telah meraih 3.2 juta jumlah tontonan. Bukan itu sahaja, ia juga dibanjiri dengan lebih 13 ribu komen daripada netizen yang rata-ratanya amat terhibur dengan gelagat budak lelaki tersebut.

 

 

Sumber:TikTok @Cikgu Hafiz

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber :  dnq.pw

 

Be the first to comment on "T4kut Nak Sun4t, Gelagat Bud4k Ini Hiburkan Netizen- “Ya Allah Men4ngkan Aku”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*