Selepas Lapan Hari Menjalani Rawatan Dan Kuarantin Aklbat Dijangkiti C0vid-19,Ini Keadaan Terkini Intan Ladyana

 

 

PETALING JAYA – Selepas lapan hari menjalani rawatan dan kuarantin aklbat dijangkiti C0vid-19 di Hospital Sungai Buloh, pelakon Intan Ladyana akhirnya dibenarkan pulang ke rumah.

Intan yang kini sedang hamil bersyukur kerana kesihatannya kembali pulih, namun masih perlu berehat selama beberapa hari sebelum kembali menjalani kehidupan seperti normal.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah, saya kini berada di rumah. Sambung berehat untuk beberapa hari lagi.

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan ucapan cepat sembuh. Saya memohon maaf kerana tidak dapat membalas mesej kepada setiap seorang secara individu.

“Saya mahu mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat tahun baru. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik, kebahagiaan hidup dan jauh daripada segala malapetaka dan bencana. Amin,” tulis aktres itu dengan berkongsi sekeping gambar bersama suaminya, Harris Alif dalam Instagramnya sebentar tadi.

Selain Intan, 40, suaminya, pelakon dan pengacara Harris Alif, 23, turut positif virus berkenaan, bagaimanapun dia hanya menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Terdahulu, Intan terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dengan menaiki ambulans pada 22 Disember lalu kerana keadaannya yang sarat hamil anak sulung.

 

KOMEN NETIZEN :

 

Intan dan Harris yang memiliki perbezaan umur sebanyak 17 tahun mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu di Pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). – K! ONLINE

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber :  kosmo

 

Be the first to comment on "Selepas Lapan Hari Menjalani Rawatan Dan Kuarantin Aklbat Dijangkiti C0vid-19,Ini Keadaan Terkini Intan Ladyana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*