Isteri Opick Hamil Anak Kedua

 

SELEPAS lima bulan melahirkan cahaya mata sulung, isteri kepada penyanyi dan pend4kwah terkenal Indonesia Opick iaitu Bebi Silvana kini hamil anak kedua.

Menerusi Instagram, Bebi meluahkan rasa syukur dan memohon doa daripada orang ramai agar kandungannya selamat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BEBI SILVANA (@bebi.silvana)

“Alhamdulillah, majlis empat bulan kehamilan saya yang kedua berjalan dengan lancar malam tadi.

“Saya juga memohon doa daripada rakan-rakan semua supaya kelahiran dipermudahkan.

“Semoga saya dan bayi sihat, selamat serta tiada kekurangan apa pun… amin yarabbal alamin,” tulisnya di Instagram.

Kandungan Bebi kini sudah memasuki usia empat bulan.

Anak pertama Bebi dan Opick iaitu Maulana Muhammad Hasan Abdullah El Firdaus dilahirkan pada 10 Julai tahun lalu.

Pasangan suami isteri ini bernikah pada 17 Disember 2018 dan Opick sendiri mempunyai 5 orang anak hasil daripada perkahwinan dengan bekas isteri pertamanya, Dian Rositaningrum.-TRIBUNSOLO

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber :  mstar

 

Be the first to comment on "Isteri Opick Hamil Anak Kedua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*