Hasil Titik Peluh Sendiri, Wani Kayrie Berjaya Beli Kereta Idaman

REZEKI di tahun baru. 

Setelah lama berkecimpung didalam industri seni, selebriti muda terkenal Wani Kayrie atau nama sebenarnya Syazwani Safirah,22 tahun berjaya membeli kereta idaman.

Dalam satu muatnaik di akaun Instagramnya pada Sabtu, Wani berkongsi gambar keretanya. Kereta yang dibelinya dipercayai jenama Mercedes-Benz CLA180 dianggarkan berharga lebih kurang RM200,000.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by WANI KAYRIE (@wanikayrie)

“Alhamdulillah terima kasih atas rezeki ini Ya Allah. Lama mengidamkan untuk ada kereta sendiri bagi urusan harian. Hasil titik peluh kerja pagi balik pagi, back to back kerja sampai sakit. Semoga dengan hadiah ini menjadikan diri ini untuk lebih kuat berusaha mencari rezeki & memberi ke depannya. Truly, trust the beautiful process of life.”

 

Wani berkata beliau sudah lama menginginkan memilik kereta sendiri supaya dapat memudahkan urusan harian selain berharap agar hadiah ini akan terus menguatkan semangatnya  dalam mencari rezeki.

Beliau juga turut mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T.diatas rezeki ini, serta semua yang mendoakan terutama emaknya. 

 

Sekadar info,Wani memulakan kerjayanya setelah menjadi juara  rancangan TV realiti ‘Kamilah Bintang’ di Astro Ceria pada 2010.

Menjengah ke ruangan komen, kelihatan ramai rakan-rakan artis serta peminat yang mengucapkan tahniah kepada Wani.

Komen Netizen :

 

Sumber : Instagram Wani

Be the first to comment on "Hasil Titik Peluh Sendiri, Wani Kayrie Berjaya Beli Kereta Idaman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*