‘Sweet Tapi H4r4m’- Ini Reaksi Netizen Terhad4p Video Janna Nick dan Kekasihnya

 

Umum tahu mengenai kisah percintaan antara artis serba boleh Janna Nick dan aktor kacak Dini Schatzmann.

Kongsi video tahun baharu

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Membuka lebaran tahun 2022, Janna memuat naik sebuah video yang menggabungkan beberapa memori bersama Dini di Instagram (IG) miliknya.

Antara potongan rakaman yang dikongsikan adalah ketika sambutan hari lahir Janna, malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 dan sewaktu berada di London bagi menjalani penggambaran.

Pelakon berumur 27 tahun itu turut menulis kapsyen dengan menyatakan Dini akan kekal bersamanya hingga akhir hayat.

Hantaran tersebut turut menarik perhatian rakan selebriti untuk meninggalkan komen antaranya Lisa Surihani, Mawar Rashid, Yasmin Hani, Nad Zainal dan Adeline Tsen.

Suruh cepat kahwin

Bagaimanapun, menjengah di ruangan komen ada segelintir netizen yang tak senang duduk menonton adegan ‘sweet’ pasangan ini.

Justeru, rata-rata pengikut mencadangkan kepada pelakon drama Marry Me Senorita untuk segera menghalalkan hubungan mereka.

@k**_*****01: Memanglah sweet tapi haram dik (adik). Maaf, peringatan untuk kita yang seagama.

@d***n_: Jangan tunggu lama-lama, halalkan hubungan supaya dapat berkah daripada Allah SWT.

@m*****n_: Moga cepat kawin. Tak baik post hubungan terlalu rapat. Belum jadi muhrim atau kahwin.

@_l******z: Memang sweet tapi haram. Minta maaf cakap.

@n********is: Tak kahwin lagi pun sakan macam ini, baik kahwin saja sis.

Video tersebut sudah mendapat lebih 100 komen dan hampir 600,000 tontonan.

 

Terdahulu, pemilik nama Nurul Jannah Munir dan Dini mula menjalin hubungan percintaan sejak Jun 2019.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber: Instagram @jannanick via

via ohbulan

 

Be the first to comment on "‘Sweet Tapi H4r4m’- Ini Reaksi Netizen Terhad4p Video Janna Nick dan Kekasihnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*