‘Abang Viva’ akan jadi ‘Abang 4X4’ beberapa hari lagi

 

PETALING JAYA – Seorang wanita dipercayai usahawan kosmetik yang dikenali sebagai Sha Hassan tampil menjelaskan perkara yang sebenar selepas niat murninya untuk menolong ‘Abang Viva’ mengundang kec4man orang ramai di laman sosial.

Dipercayai, perkara itu tular apabila beberapa portal melaporkan pemberian kereta oleh usahawan itu ditolak kerana bertujuan untuk pemasaran semata-mata.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman sosial, Sha menjelaskan bahawa Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan, 29, tidak pernah menolak tawarannya itu malah memberitahu akan menghubunginya selepas selesai membantu m4ngsa banjir di Pahang.

 

“Pada mulanya, saya hanya diamkan diri kerana tidak mahu keadaan bertambah teruk dan saya juga tidak memaksa Abang Viva untuk menerima pemberian saya itu.

“Dari awal niat saya ikhlas dan tidak lain tidak bukan untuk memberikan sumbangan demi memudahkan segala urusan untuk membantu lebih ramai orang.

“Malah Abang Viva pun tidak pernah tolak dan hanya menghantar mesej untuk menghubungi saya selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, Sha turut memuat naik beberapa gambar serta sebuah video menunjukkan perjumpaannya bersama Abang Viva di sebuah restoran di Bangi, Selangor semalam.

“Saya minta izin dengan abang Azwan untuk rakam video ini supaya dapat jelaskan kepada orang ramai yang membuat pelbagai andaian sebelum ini.

“Saya dan Abang Viva tidak ada masalah malah saya seronok dengar kisahnya yang menggalas tanggungjawab besar menjaga orang tuanya dan sekarang membantu orang ramai tanpa menghiraukan apa sahaja halangan,” ujarnya.

Sementara itu, Azwan melalui Live Facebook memberitahu akan menerima kereta pacuan empat roda daripada Sha minggu hadapan selepas beberapa urusan diselesaikan. Dia juga meminta orang ramai tidak lagi mengec4m Sha dan membuat pelbagai tuduhan.- K!ONLINE

 Kemuliaan hati pemuda dari Melaka ini membantu mangsa-mangsa banjir menggunakan bot persendiriannya telah membuatkan ramai yang kagum dengan kebaikkan yang ditunjukan.

Sama sekali tidak mengharapkan populariti, pemuda berusia 28 tahun ini telah memandu seorang diri dari Melaka.a

Dia telah menuju ke kawasan-kawasan banjir dengan hanya berbekalkan RM50 demi menyelamatkan ramai mangsa.

Disebabkan itu, dia telah menjadi perhatian ramai dan digelar ‘Abang Viva’ oleh masyarakat media sosial.

Namun, sebalik kemurnian hatinya membantu orang lain, ternyata dia sendiri telah menjadi kebanggaan keluarga.

Ia apabila sudi menjaga dua orang anak kakaknya yang telah meninggal dunia walaupun dia sendiri belum berkahwin.

Azwan Omar rasanya tidak perlu diperkenalkan

Hal tersebut diceritakan sendiri Azwan ketika dihubungi oleh UtusanTV.

Pemuda tersebut secara berseloroh memaklumkan dia masih ‘single’ memandangkan belum berkahwin lagi.

  

Jaga anak yatim, tolong orang susah mulianya hati

   

Silap haribulan dia kahwin ramai yang nak sponsor

   

Ditanya perihal tindakannya yang mengambil cuti kecemasan demi membantu mangsa-mangsa banjir, pemuda berkenaan menyatakan yang dia bertawakal sahaja.

Ketika mula bergerak ke Selangor dengan membawa bot yang biasa digunakan untuk memancing, dia berserah.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa kagum dengan kisah hidup Abang Viva yang ramai tidak tahu.

Oleh sebab itu, ramai yang beranggapan bahawa darjat pemuda tersebut diangkat oleh Allah S.W.T disebabkan ketulusan hatinya membantu ramai orang tidak kira ahli keluarga serta mangsa banjir ketika ini.

Semoga setiap kebaikan yang dilakukan menerima ganjaran yang baik daripada Maha Pencipta.

 

 

Sumber: Facebook , Twitter

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : http://transformasi.host

 

Be the first to comment on "‘Abang Viva’ akan jadi ‘Abang 4X4’ beberapa hari lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*