Eyra Hazali Umum Hamil Anak Kedua, Reaksi Suami Cukup ‘Priceless’

Pelakon Eyra Hazali mengumumkan dirinya h4mil anak kedua.

Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 22, berkongsi satu video di laman Instagramnya. Dalam video tersebut, Eyra memberikan sebuah kotak kepada suaminya, Muhammad Haziq Nadzli, yang merupakan penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali)

Didalam kotak tersebut, Eyra menyembunyikan alat ujian kehamilannya di bawah hadiah lain. Saat ternampak, Haziq masih tak percaya dan menganggap itu adalah alat yang lama.

Bagaimanapun , Eyra menegaskan itu adalah keputusan yang terkini. Selepas itu, Haziq melakarkan senyuman kegembiraan.

Selepas itu, mereka juga turut berkongsikan berita gembira itu bersama ahli keluarga yang lain menerusi panggilan vido.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Ada juga yang gembira bila telahan mereka tentang Eyra sedang hamil sebelum ini memang betul. 

“Dah lama perasan dan exactly true! Yay tahniah,” .

“Waa congrats kak Eyra. Hayder dah nak jadi abang!” .

“Wow tahniah kak Eyra. Semoga kak Eyra, abang Haziq, baby Hayder dan new baby sihat selalu,” .

“Kenapa aku nangis ni aish! Tahniah dah buat saya nangis hahaha tahniah Eyra,” .

“Dah dapat agak sebab badan Eyra macam lain. Btw, congrats,” .

Sekadar info, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Pasangan itu dikurniakan anak sulung lelaki, Muhammad Hayder Qhalish pada 15 Ogos 2020

 

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Eyra Hazali Umum Hamil Anak Kedua, Reaksi Suami Cukup ‘Priceless’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*