Al Fatihah. Ini KeadaanSebenar RayanMasa Psukan Pnyelamat Tmui PdaMulanya

Ber Berred – Sebelum ini pasukan penyelamat menyatakan empat meter sudah digali secara manual dan hanya tinggal 180 sentimeter sahaja lagi untuk mencapai Rayan.

Rayan budak lelaki berusia lima tahun terjatuh dan terp.erangkap dalam perigi sempit sedalam 32 meter di Ighrane, wilayah Chefchaouen di Magribi.

Penyelamat memberi a.maran bahawa jarak dua meter terakhir dari kedudukan m.angsa adalah paling k.ritikal.

Keadaan budak lelaki yang jatuh dan terperangkap dalam lubang perigi sempit di Maghribi dilaporkan semakin lemah.

Laporan terbaharu di lokasi keja.dian menyatakan kesihatan Rayan yang berusia lima tahun semakin mer.osot dan bergantung kepada bekalan oksigen yang dipam ke dalam lubang tersebut.

Rayan terperangkap dalam lubang sedalam 32 meter sejak Selasa lalu berhampiran rumah keluarganya di perkampungan Ighrane di wilayah Chefchaouen.

Jurucakap kerajaan, Mustapha Baitas sebelum ini memberi jaminan bahawa Rayan akan dikembalikan kepada keluarganya dalam keadaan selamat.

Al Fatihah Untuk Rayan

Rayan Awram yang terperangkap lebih 70 jam dalam lubang perigi sempit sedalam 32 meter disahkan meninggal dunia hari ini.

Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa ketika pasukan penyelamat menemuinya dalam keadaan mengiring.

Pihak berkuasa Maghribi mengumumkan kem.atiannya sebelum jam 10 malam waktu tempatan sejurus anggota penyelamat berjaya mengeluarkan j.asad kanak-kanak itu dari lubang perigi berkenaan.

Koresponden AP melaporkan, j.asad Rayan dibalut dengan selimut kuning ketika dia dibawa keluar dari terowong yang digali pasukan penyelamat.

Rakaman di media sosial selepas ditemui memaparkan wajah sedih dan sugul ratusan anggota penyelamat sambil orang ramai berzikir.

Ibu bapa kanak-kanak itu turut dilihat menuruni cerun digali pasukan penyelamat sebelum kembali ke permukaan dan menaiki ambulans sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai yang menantikan perkembangan operasi berkenaan.

Kem.atian Rayan disahkan susulan kenyataan dikeluarkan pihak Raja Maghribi, Raja Mohammed VI yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga m.angsa.

Sementara itu, Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu dan pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid turut mengucapkan takziah kepada keluarga kanak-kanak terbabit.

Rayan terperangkap selepas terjatuh ke dalam lubang perigi berhampiran rumah keluarganya di perkampungan Ighrane di wilayah Chefchaouen sejak Selasa lalu.

I.nsiden itu mencetuskan o.perasi besar-besaran namun dibuat secara berhati-hati susulan ri.siko runtuhan dalam lubang berkenaan.

Kredit : SH

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : https://kisahbena.com/

 

Be the first to comment on "Al Fatihah. Ini KeadaanSebenar RayanMasa Psukan Pnyelamat Tmui PdaMulanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*