Nabil Ahmad Kecewa, Tanda ‘allah Yang Satu’ Dipersenda Sebagai “Lelaki Curang”

Pelawak dan penyampai radio, Nabil Ahmad meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir warganet yang memperlekeh dan mempersendakan tanda ‘Allah yang satu’ yang menjadi bahan jenaka.

Ia menjadi bualan apabila beberapa selebriti yang dipercayai curang dan tergamak bertindak kasar mengasari isteri seringkali memuat naik foto berserta isyarat tangan tanda ‘Allah yang satu’.

 

Pemilik nama Ahmad Nabil Ahmad berkata, tindakan dan kelakuan negatif seseorang dalam kehidupannya tiada kena-mengena dengan isyarat tangan dilakukan individu berkenaan.

“Bagi saya, tanda itu (Allah yang satu) tak patut dimainkan. Jangan libatkan agama dengan perbuatan itu. Yang bermasalah adalah individu itu sendiri.

“Jangan fasal dia atau apa yang dia dah buat, contohnya dia pergi keluar tabligh, dia angkat tanda (la ilaha illallah) terus anggap ini tanda-tanda lelaki yang akan curang dan pukvl isteri”katanya.

Jelas Nabil, mereka seharusnya mendapatkan nasihat ustaz mengenai tindakan yang kita akan lakukan tersebut.

“Oh no! Salah. Orang yang perlekehkan tanda itu, pada saya dia patut minta nasihat ustaz ke.

“Kita faham, perasaan kau marah dengan perbuatan orang itu tapi tak ada kena-mengena dengan tanda itu,”katanya lagi.

Tambah Nabil, tanda yang dilakukan itu sama juga seperti yang sering dilakukan oleh umat Islam sewaktu menunaikan solat iaitu ketika tahiyat awal dan akhir.

“Memperlekehkan tanda itu, bagi saya tidak patut. Tanda itu juga sama seperti kita buat tahiyat awal dan akhir kan. Takut lari akidah sebab perlekehkan benda-benda macam ini,”ujarnya.

Tegas Nabil, orang ramai sepatutnya tidak membuah tuduhan tidak berasas tanpa membuat rujukan terlebih dahulu kerana ia melibatkan agama, bukannya individu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber: Astro Gempak! (Asyikin Mayudin)

 

Be the first to comment on "Nabil Ahmad Kecewa, Tanda ‘allah Yang Satu’ Dipersenda Sebagai “Lelaki Curang”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*