“Sekali Kau Guris Hati Ibu.. Berjaya Macam Mana Pun Takde Makna” – Hattan

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berkorban nyawa. Maka setiap anak haruslah berbuat baik kepada kedua orang tua mereka.

Penyanyi senior, Datuk Hattan berkongsi satu pesanan membabitkan tentang perasaan seorang ibu sekiranya anak-anak tergamak mengguris hati mereka.

Menerusi sebuah video di laman Instagram, pemilik nama Mohd Shukri Shahabudin itu menyifatkan kehidupan seorang anak tiada bermakna apabila menjatuhkan air mata ibunya.

“Ni saya mahu berkongsi. Ibu kita ni jangan sesekali pun kita menitikkan air matanya. Kalau terguris saja hati dia, takde untung dekat kita,” katanya.

Penyanyi berusia 59 tahun itu berkata, kejayaan diraih kemungkinan akan hilang sekelip mata sekiranya ibu memilih untuk berkecil hati dengan sikap anak.

“Macam mana tinggi pun kita berdiri, tapi kalau kita mengguriskan hati ibu, kecil hatinya.. baik pergi minta ampun cepat.

“Kalau jatuh kebawah, sak!t. Berjaya macam mana pun takde makna. Sebab dalam masa 24 jam benda ni boleh hilang. Banyak kali dah terbukti benda macam ni.

“Percayalah cakap saya. Emak kita ini adalah segala-galanya bagi  kita. Kena ingat tu,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hattan (@dato_hattan)

Walau bagaimanapun, penyanyi lagu Rendang Tak Berbuah tidak menyebut mana-mana pihak sebaliknya hanya memberi pesanan secara umum untuk pengikutnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan kerana restu ibu adalah penentu dalam segala aspek dalam kehidupan.

Video berdurasi kira-kira seminit itu mendapat 27,400 dan 3,600 tanda suka dalam kalangan netizen sejak dimuat naik semalam.

Sumber: Instagram Hattan, OMM

 

Be the first to comment on "“Sekali Kau Guris Hati Ibu.. Berjaya Macam Mana Pun Takde Makna” – Hattan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*