“Walaupun Kesetiaan Diuji..” Netizen Kagum Dengan Mizz Nina Tak Buka Aib Bekas Suami

Sering tular di media sosial kisah rumahtangga suami isteri yang bergolak. Tidak cukup dengan itu, ada dalam kalangan pasangan secara terbuka mendedahkan aib pasangan bagi membuktikan mereka ‘jaguh’ dalam pergolakan itu.

Tanpa kita sedar dalam hubungan suami isteri, antara perkara dilarang adalah mendedahkan aib pasangan masing-masing kepada orang yang tidak berhak mengetahuinya.

Ia boleh jadi percakapan di tempat kerja, luahan di media sosial atau mengadukan kepada pihak ketiga yang tidak sepatutnya.

Apabila berlaku perselisihan faham antara suami isteri maka syarak menggalakkan agar suami dan isteri tahammul iaitu bertahan tetapi apabila melibatkan soal hati dan perasaan yang dipendam, bukan semua manusia mampu bertahan dan bersabar.

Mizz Nina dipuji netizen, artis tak buka aib rumah tangga

Penyanyi dan usahawan, Mizz Nina meraih pujian daripada wargamaya kerana dianggap sebagai selebriti yang bersih daripada sebarang kontroversi.

Baru-baru ini, Mizz Nina ada memuat naik video mempromosikan satu jenama telekung di Instagram. Diruangan komen, ada netizen mengatakan Mizz Nina antara selebriti yang yang paling disegani dari segala aspek.

Penyanyi berusia 43 tahun ini dikagumi peminat berikutan sikapnya yang langsung tidak membuka isu penceraiannya dengan bekas suami, Noh Salleh yang juga merupakan penyanyi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝑺𝒉𝒂𝒛𝒓𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@officialmizznina)

Malah, melalui komen yang ditinggalkan pada posting terbabit, pemilik nama Syazrina Azman ini dikatakan sebagai artis yang paling disegani kerana sangat merendah diri selain sangat menjaga aib bekas suami.

Komen individu itu mendapat reaksi daripada netizen lain yang turut bersetuju serta memuji sikap Mizz Nina yang rendah diri dan berdiam diri walaupun berdepan isu rumah tangga sebelum ini.

Terdahulu, Mizz Nina dan Noh mengesahkan mereka sudah bercerai menerusi satu kenyataan di Instagram masing-masing pada 4 Ogos tahun lalu selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : Ig Mizz Nina

 

Be the first to comment on "“Walaupun Kesetiaan Diuji..” Netizen Kagum Dengan Mizz Nina Tak Buka Aib Bekas Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*