Harris Annuar & Isteri Selamat Timang Bayi Perempuan.

Pelakon, Harris Annuar berkongsi khabar gembira apabila isterinya yang juga pelakon, Asha Merican selamat menimang cahaya mata perempuan, yang dilahirkan semalam di Hospital Pakar KPJ Perlis.

Aura Medina Binti Mohd Harris

Menerusi hantaran di Instagram, Harris dilihat memuatnaik foto dirinya yang sedang memangku bayi pertama mereka yang diberi nama Aura Medina binti Mohd Harris.

“11.51 pm 26/3/23 Ramadan. Alhamdulillah Ya Allah. Assalamualaikum wahay anakku Aura Media binti Mohd Harris 💞 Baby Lato-Lato.”-tulis Harris di Instagram

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Netizen & Rakan Selebriti Ucap Tahniah

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut serta rakan selebriti mengucapkan tahniah buat Harris dan isteri atas kelahiran cahaya mata sulung mereka.

“Alhamdulillah, congratulations Harris & wife!-“Bella Astillah

“Tahniah abang & wife.”-Wani Kayrie

“Alhamdulillah Harris.”-Farhan Asrii

“Alhamdulillah Nayla ada cousin baru.”-Nadia Annuar

“Allahuakbar. Moga menjadi anak yang solehah. Congrats brother & Asha Merican.

“Bismillahi MasyaAllah tabarakallah. Tahniah Harris dan isteri. Comel baby Aura Medina semoga menjadi anak yang solehah.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Sekadar info, Harris Annuar dan Asha Merican mendirikan rumah tangga pada Jun 2022. Pada majlis ijab qabul yang disaksikan keluarga dan rakan-rakan terdekat, Harris menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,001 kepada Asha berserta lima dulang hantaran, manakala pihak Asha membalas dengan tujuh dulang.

Kami di Murai MY turut mahu mengucapkan tahniah kepada Harris dan isteri di atas kelahiran bayi sulung. Semoga Aura Medina dapat membesar menjadi anak yang solehah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : Murai

 

Be the first to comment on "Harris Annuar & Isteri Selamat Timang Bayi Perempuan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*