Akhirnya, Bainun Didapati Bersalah Dua Pertuduhan Abai, Aniaya Bella

Setelah berbulan-bulan menghadapi beberapa siri perbicaraan mahkamah, akhirnya pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun didapati bersalah menganiaya Adik Bella.

Walaupun sudah lama berlalu, parut duka yang dialami remaja istimewa ini turut memberikan rasa hiba mendalam kepada rakyat Malaysia.

Daripada laporan Malaysia Gazette, difahamkan pagi tadi Siti Bainun yang hadir ke mahkamah sempat terlihat resah sambil temani peguamnya.

Bahkan dia bersama ahli keluarga dan rakan-rakan sempat berdakapan sesama sendiri di kawasan lobi sebelum masuk ke dalam ruang sidang.

Hasil prosiding keputusan terakhir mendapati Siti Bainun bersalah atas 2 tuduhan iaitu menganiaya dan mengabaikan Adik Bella.

Bukan sahaja kecederaan fizikal, malahan perbuatan tidak berhati perut yang dilakukan cukup menjejaskan emosi kanak-kanak tidak berdosa itu.

Akhirnya doa rakyat Malaysia untuk gerakan #JusticeForBella seakan termakbul apabila Tuan Hakim mengenakan hukuman penjara 12 tahun buat wanita terbabit.

Selain media tempatan, wartawan antarabangsa turut mengerumuni Pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk membuat liputan tentang keputusan akhir pada hari ini.

Perkembangan terbaru melaporkan peguam Siti Bainun membuat rayuan agar mahkamah meringankan hukuman terbabit selain perlu mengambil kira faktor saiz badan, tahap kesihatan, sejarah kerja-kerja kebajikan selain keperluan Bainun menjaga ibunya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Kredit : Portal Berita Harian Online & Malaysia Gazette

 

Be the first to comment on "Akhirnya, Bainun Didapati Bersalah Dua Pertuduhan Abai, Aniaya Bella"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*