Contact Lens Betul Ke Tak Bagus Untuk Mata? Ini Kata Pakar!

Penggunaan contact lens atau kanta lekap pada kornea mata bukanlah sesuatu yang asing terutamanya buat individu yang mempunyai masalah penglihatan seperti rabun. Hal ini kerana, tidak semua orang selesa memakai kaca mata dan ada juga kerana faktor kerjaya.

Walaupun begitu, terdapat juga dalam kalangan si pemakai yang tidak mempunyai masalah penglihatan, berani mengambil risiko semata ingin kelihatan cantik.

Melalui perkongsian dari Doktor Lael Salim, terdapat beberapa persolan yang timbul mengenai penggunaan contact lens seperti kesihatan kornea apabila kerap memakai lens dan keadaan mata menjadi merah.

Justeru itu, mari baca ulasan beliau di bawah!

CONTACT LENS

contact lens

Dari sudut pandang seorang doktor mata, betul ke pemakaian kanta lekap (contact lenses) tu tak bagus untuk mata? Kali ini, saya nak jelaskan pandangan peribadi saya sebagai seorang professional dalam bidang Oftalmologi.

Sebenarnya macam ini. Kanta lekap bagi saya ialah suatu Medical Device.

Ia membantu orang yang tak sesuai memakai cermin mata untuk melihat. Ia sangat membantu terutama dalam kes power tak seimbang antara mata kiri atau kanan dan orang yang pekerjaannya memang tak boleh pakai cermin mata.

contact lens

Saya sendiri banyak meminta bantuan optometrist untuk mempreskripsi kanta lekap bagi pesak!t tertentu seperti keratoconus atau rabun silau yang terlalu tinggi.

Adakala saya juga gunakan kanta lekap sebagai ‘bandage’ untuk kes luka pada kornea atau selepas pembedahan.

BETUL KE SELALU PAKAI KANTA LEKAP BUAT KORNEA JADI TIDAK SIHAT?

Tapi betul ke kornea yang selalu pakai kanta lekap akan menjadi tidak sihat?

Jawabnya: BETUL.

Kornea kita mendapat oksigen dan nutrien dari air mata. Kanta lekap boleh menghalang proses ini dan menyebabkan mata kita mengalami perubahan.

contact lens

Ini terutamanya jika kanta lekap tersebut saiznya tak sesuai dengan saiz mata. Ibaratnya, kornea kita rasa ‘tercekik’. Oh ya, tahu tak sebenarnya kanta lekap juga ada saiz?

Ini bertambah teruk jika material kanta lekap tersebut tidak berkualiti. Sama macam baju yang fabriknya teruk. Sebab itu, jika memilih untuk memakai kanta lekap, penting untuk membeli dari kedai optometrist bertauliah.

JANGAN beli secara sebarangan atau secara online dari kedai kosmetik.

KENAPA MATA MERAH BILA PAKAI KANTA LEKAP?

contact lens

Perasan tak kadang kala mata lebih senang jadi merah bila pakai kanta lekap? Anda rasa kenapa? Orang yang pakai kanta lekap wajib jaga kebersihan dengan baik dan ikut arahan penggunaan yang sepatutnya.

  • Jika kanta lekap untuk sebulan, jangan gunakan selama 5 minggu.
  • Jika sehari boleh pakai 8 jam, jangan pakai 10 jam.
  • Jika tak pakai, air dalam ‘casing’ mesti diganti selalu.

Saya berani guna perkataan ‘wajib’ sebab saya dah tengok banyak orang yang dapat kudis kornea yang teruk akibat tak jaga kebersihan dengan baik. Serupa macam gambar ini.

contact lens

Ini bukan gambar untuk menakutkan. Saya dah tengok beratus-ratus kes macam ni. Ya, akhirnya mereka jadi buta.

Sebab itu. saya sangat tidak setuju orang yang selalu pakai kanta lekap semata-mata nak kelihatan cantik, bukan untuk penglihatan. Risiko yang diambil itu tak berbaloi!

Kalau sesekali mungkin tak apa. Tapi itu pun mesti berhati-hati. Jangan beli sebarangan. Jangan pakai terlalu lama.

TIP TANGGAL KANTA LEKAP

Saya nak beri satu tip untuk tanggalkan kanta lekap yang melekat kuat pada mata.

  1. Letakkan pelembab mata dengan banyak.
  2. Perlahan-lahan, tutup mata dan urut bahagian pinggir kanta.
  3. Buka mata, tambah lagi pelembab, ulang proses sampai kanta jadi longgar.

Ini utk elakkan kornea dari luka.

Saya rasa, sampai sini dulu pesanan saya. Jaga mata anda baik-baik. Penglihatan ialah anugerah yang tak ternilai. Jika awak semua rasa ada manfaatnya untuk seseorang yang tersayang, silakan kongsi, retweet, quote tweet atau apa saja.

Semoga bermanfaat!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : Sirap Limau

 

Be the first to comment on "Contact Lens Betul Ke Tak Bagus Untuk Mata? Ini Kata Pakar!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*