“Jangan kompaun setakat ratus ribu tu, senang-senang je dia bayar. Sepatutnya mahkamah hukum, masukkan adik-beradik dia ni dalam kerja-kerja kemasyarakatan sampai beratus-ratus jam. Tukar-tukar tempat, hari ni bersihkan tandas masjid, esok tandas awam, lepas tu cuci wad kecemasan, bantu abang polis jaga sekatan jalanraya.
Demikian tulis seorang warganet mencadangkan hukuman yang lain mungkin sesuai dikenakan kepada selebriti sensasi, Neelofa, 32, dan keluarganya berikutan kesilapan sama yang berulang kali dilakukan selain mengenakan jumlah kompaun yang tinggi.
Hasil tinjauan Harian Metro terhadap komen ditulis netizen di media sosial juga mendapati kebanyakannya menganggap Neelofa dan keluarga mempunyai ‘penyakit’ sukakan perhatian daripada orang ramai.
“Attention seekers akan sentiasa buat hal agar ‘populariti’ dirinya tidak hilang dari radar peminat atau orang awam,” ujar seorang netizen.
“Dah kata dah, dia ni laki bini, sefamili elok dipenjarakan je ikut kesalahan, atau buat kerja-kerja amal macam cuci longkang, kutip sampah, biar rakyat yang ikut SOP ni tengok diaorang buat kerja-kerja tu,” tulis netizen.
“Nampak sangat macam tak endah dan mencabar ditetapkan. Mungkin setakat denda tiada masalah,” tulis seorang lagi warga maya.
Video berdurasi 27 saat dengan kapsyen “1 Syawal yang penuh mulia” itu, menyaksikan kakak Neelofa, Noor Nabila sedang bersalaman dengan ibu bapanya, dipercayai ‘terlepas’ dikongsikan seketika oleh Nabila di Instagram Story, sebelum dipadamkan.
Rata-rata netizen kembali ‘panas hati’ dan bengang dengan Neelofa termasuk ahli keluarganya. Malah, usahawan terkenal itu disifatkan sangat berani melanggar undang-undang yang sudah beberapa kali dilakukannya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: http://www.awatttsyeikhh.com/
Be the first to comment on "“Kalau Kompavn Pun Mesti Dia Boleh Bayar” -Netizen Cadang Denda Ni Supaya Dia Serik Dengan KesiIapannya"