“5 Foto Mesra Ruhainies Dan Zul Ariffin” – Romantik Habis, Peminat Mahu Ruhainies & Zul Ariffin Kahwin

PETALING JAYA – Keserasian antara pelakon, Ruhainies dan Zul Ariffin menerusi drama Wifi Sebelah Rumah mencetuskan harapan daripada peminat yang mahu melihat mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Perkara itu dibangkitkan pe­minat selepas aktres berusia 29 tahun tersebut memuat naik dua keping gambar dengan aksi mesra bersama Zul menerusi akaun Instagramnya.

Menerusi perkongsian itu, Ruhainies memberitahu, Zul gemar mengusiknya dengan membuat memek muka ketika diajak me­rakam gambar.

“Dia (Zul) kalau tak kacau (usik) orang, tak sah. Susah betul hendak mendapatkan gambar yang elok. Ada sahaja dia buat muka pelik.

“Sekiranya dimuat naik (di media sosial), dia kata saya pen­tingkan diri pula sebab muat naik gambar saya seorang yang cantik. Paling penting kami seronok berada di set penggambaran. Rindu semua,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat suka melihat pasangan tersebut bergandingan bersama dan mendoakan mereka agar bertemu jodoh.

“Kalian berdua sudah cukup matang, manisnya. Ada jodoh, kahwin. Jangan tunggu lama-lama,” tulis seorang peminat.

“Mudah-mudahan berjodoh, Amin,” kata seorang lagi pengikut Ruhainies.

Pada penghujung tahun lalu, nama kedua-dua pelakon itu menjadi bualan ramai apabila gambar mereka di lokasi penggambaran drama tersebut me­nimbulkan pelbagai persepsi ke­rana dikatakan terlampau mesra dan keterlaluan.

Ruhainies mahupun Zul kemudian membuat penjelasan bahawa mereka hanya memenuhi tuntutan watak serta menjalankan tugas sebagai seorang pelakon.

Sebelum ini, Zul juga pernah menafikan dirinya menjadi orang ketiga yang menjadi punca kepada keretakan hubungan pelakon Intan Najuwa dengan bekas tunangnya. -K! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: https://www.kosmo.com.my/

Be the first to comment on "“5 Foto Mesra Ruhainies Dan Zul Ariffin” – Romantik Habis, Peminat Mahu Ruhainies & Zul Ariffin Kahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*