[Video] “Dia cuma cakap duduklah atas paha abang” – bella astillah

Isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz iaitu Bella Astillah mended4hkan dirinya sering menjadi ‘mangsa’ dan dipergunakan semenjak muncul dalam industri hiburan.

Menerusi podcast bersama Hazeman Huzir dan Hanan Mansor, Bella berkata dia mahu menjadi lebih tegas dan memberanikan diri berkata tidak seandainya masih ada yang cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya lagi.

Saya nak ubah

Sejujurnya, saya pernah orang suruh saya duduk atas peha dia. Masa tu dia cuma cakap ‘duduklah atas paha abang’. Waktu saya umur 18 tahun.

Saya selalu diambil kesempatan dalam dunia hiburan sejak kecil, dan perkara ini dipersetujui oleh ibu saya.

Saya sedar diambil kesempatan. Jadi sampai hari ini saya dalam industri saya nak belajar jadi seorang yang lebih kuat dan tegas dari dulu.

Kalau dulu saya tak tahu nak cakap ‘tidak’, saya hanya akan mengiyakan dan ikut saja. Walaupun hati tu rasa tak boleh, tapi saya buat juga. Itu yang saya nak ubah.

Ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkata, dia mula terjebak dalam industri hiburan sewaktu menjadi penyanyi lagu kanak-kanak.

Ujar Bella lagi, dia dan Didi (adik) telah membuat 10 album lagu kanak-kanak. Jelasnya, semua itu dihasilkan sepenuhnya oleh bapanya, Awang Astillah Abdullah.

Masa kecil, nak menyanyi tak senang dapat peluang. Selalu menyanyi dekat mall.. tapi masa tu kami tak tertanya pasal payment.

Saya tak tahu rupanya penjualan album lagu kanak-kanak ini sampai ke Brunei dan Singapura. Mereka dapat banyak duit, tak setimpal dengan apa yang kami raih.

Contohnya dalam muzik video semua lagu tu akan ada props kan. Itu semua ayah saya yang buat

Tapi apa yang membuatkan saya sedih sebab saya tahu ayah banyak bekerja keras untuk semua album ni. Tapi dia tak dapat apa sepatutnya yang dia dapat.

Video:

Sumber: Hazeman Huzir

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : https://ohbulan.com/

 

Be the first to comment on "[Video] “Dia cuma cakap duduklah atas paha abang” – bella astillah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*