A Aida Hadiah Nombor Plat Kenderaan Bernilai RM44,444 Untuk Anak

Berjaya membida nombor pendaftaran kenderaan ALY554 (ALYSSA) yang dianggarkan bernilai RM44,444, penerbit Datuk A Aida berkata bidaan itu adalah hadiah untuk anak sulungnya yang baru menamatkan pengajian baru-baru ini.

Menurut Aida, dia sudah menunggu sejak tiga bulan lalu dan berniat untuk hadiahkan buat anaknya Wan Az Aleesa selepas tamat pengajian di peringkat Sarjana Muda Dietetik dengan kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Saya sudah tunggu nombor itu sejak tiga bulan lalu dan memang sudah niat untuk hadiahkan kepada Aleesa selepas konvokesyen tempoh hari. Sebelum ini saya pernah kalah bidaan nombor pendaftaran ALL154 juga nak dihadiahkan kepadanya.

“Jam 10 malam tadi saya sudah mula duduk depan komputer. Apabila mula saja bidaan, saya terus masuk. Alhamdulillah, niat ini dipermudahkan. Malah, ketika itu Aleesa yang ada bersama turut teruja,” katanya.

Hanya ‘pejam mata’ dengan jumlah bidaan tersebut, Aida berkata baginya nilai dan kasih sayang itu adalah lebih penting.

“Walaupun jumlah besar, tapi saya puas hati. Bagi saya ini memberikan nilai dan kenangan tersendiri di mana akan kekal sampai bila-bila.

“Dalam masa sama, saya hadiahkan nombor ini kerana Aleesa bersetuju untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) selepas ini. Kalau ikutkan dia nak terus bekerja, tapi selepas dipujuk dia okay,” katanya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Rotikaya

 

Be the first to comment on "A Aida Hadiah Nombor Plat Kenderaan Bernilai RM44,444 Untuk Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*