Comelnya! Sudah pandai keluar bersosiaI, anak Sarimah Ibrahim tak mahu pulang – “Menangis apabila nak balik rumah”

SETELAH sekian lama ‘berkurung’, pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim akhirnya memberanikan diri membawa anak sulungnya, Tunku Sofia Najihah, 11, untuk meluangkan masa bersama teman rapat.

Namun kata Sarimah, 42, dalam keterujaan itu dia dan rakan-rakannya tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan berikutan penuIaran wab4k Covid-19.

“Akhirnya dapat bersantai dengan teman-teman rapat sambil mematuhi SOP.

“Duduk dalam kumpulan kecil, berlainan meja dan pakai mask sampai masuk ke dalam premis dan setelah diperiksa suhu badan,” katanya.

Sarimah bersama suaminya, Tunku Nadzimuddin dan anak mereka, Tunku Sofia Najihah.

Tambah Sarimah, puteri sulungnya itu dilihat seronok apabila dapat berjumpa dengan orang ramai malah mula menunjukkan reaksi enggan pulang ke rumah.

“Sofia happy sangat dapat jumpa orang… Nangis apabila sampai masa untuk balik rumah.

“Kita perlu terus hidup tapi berhati-hati ya semua… perjuangan ini masih belum berakhir,” tulisnya di Instagram.

Sofia yang kini berusia 11 bulan berkongsi tarikh hari Iahir sama dengan moyangnya, Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman iaitu pada tanggal 19 Julai.

Sarimah dan suaminya, Tunku Nadzimuddin mendirikan rumah tangga pada 2 April 2015.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Comelnya! Sudah pandai keluar bersosiaI, anak Sarimah Ibrahim tak mahu pulang – “Menangis apabila nak balik rumah”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*