Makin sweet! Azar Azmi panggil Fizo Omar teman hidup – “Thank you my life partner… yang kuat membahan, kuat menyakat”

UMUM mengetahui pelakon Azar Azmi dan Fizo Omar kini semakin rapat namun masing-masing masih mengunci mulut mengenai status hubungan mereka.

Bagaimanapun menerusi kapsyen di perkongsian terbaharu Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, 31, seakan-akan memberi bayangan hubungan mereka kini sudah memasuki fasa baharu.

Dalam muat naik tersebut, pelakon drama Nur 2 ini berkongsi foto bersama Fizo Omar menyertai sukan permotoran off-road, baru-baru ini.

Thank you to my life partner (terima kasih kepada pasangan hidup saya) Dia cakap Mek Ja (merujuk dirinya) bersiap nak pergi Pavilion (pusat membeli-belah) ya?

“Yang kuat membahan, kuat sakat, kuat menyak1tkan hat1, kuat gelakkan Mek Ja… kuat bagi semangat juga dan sentiasa memastikan semua peralatan berada dalam kedudukan yang betul, Fizo Omar,” tulisnya.

Kapsyen ditulis Azar menarik perhatian peminat di Instagram.

Gara-gara kapsyen tersebut, pengikut mula membanjiri ruangan komen dan meluahkan rasa teruja jika benar pasangan ini benar-benar sedang dilamun cinta.

“Wah, my life partner? kita suka… Mek Ja dan Abe Fizo kahw1n cepat ya!

“Jadi anda berdua bercinta ke ni? Suka tengok kamu berdua, suruh Abe Jo cepat masuk meminang,” komen peminat.

Pada awal Mei lalu, Fizo atau nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar mengakui selesa berkawan rapat dengan Azar, namun kedua-duanya masih belum memikirkan tentang jodoh.

Azar bersama Fizo menyertai sukan lasak motorcross.

“Ramai yang kaitkan kami dan mengusik. Apa yang boleh saya kata, kami memang berkawan rapat dan dia adalah kawan yang baik. Saya pernah gagaI dalam perkahwinan dan dia pun pernah putvs tunang.

“Azar berperangai giIa-giIa. Sesiapa pun selesa berkawan dengannya. Bagaimanapun, setakat ini masih jauh untuk mentafsirkan hubungan kami.

“Jadi kami tak pernah berbincang mengenai hubungan cinta buat masa sekarang. Jika ada jodoh, saya terima. Kadang-kadang, tak perlu bercinta bagai nak rak pun, tapi kalau jodohnya kuat… menjadi juga!” katanya.

Sebelum ini, pasangan pelakon drama Maaf Tak Indah ini sering kelihatan bersama menghasilkan kandungan video untuk saluran Youtube Fizo Omar.

Fizo bercera1 dengan usahawan Mawar Karim pada Julai tahun lalu, manakala Azar putvs tunang dengan penerbit filem, Hafiz Rozlan pada Februari lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Makin sweet! Azar Azmi panggil Fizo Omar teman hidup – “Thank you my life partner… yang kuat membahan, kuat menyakat”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*