Murvng Bila Hubungan Dgn Nabila Diuji, Sekali Sharnaaz ‘Petik’ Nama Syukri Yahaya, Fizz Fairuz

KUALA LUMPUR: Bintang filem Juv4na, Sharnaaz Ahmad, 34, mendedahkan mengalami ‘kemurvngan’ apabila rumah tangga dibina bersama Noor Nabila Mohd Noor diuji, setahun lalu.

Sharnaaz yang mendirikan rumah tangga dengan kakak kepada selebriti dan pengacara popular, Neelofa pada 31 Mac 2017 itu berkata, kesan kemelut rumah tangga, dia mengalami penyusutan berat badan ketara hingga ditegur beberapa teman rapat.

Pelakon yang menempa populariti menerusi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan Lelakimu Yang Dulu itu berkata, disebabkan ujian yang dilalui, ada juga di kalangan teman yang menjauhkan diri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat hari raya to my baba & my mommy… i love you both so much… ❤️❤️❤️ dan selamat hari raya pada semua acik2 sekalian… 🙏🏻 #teamrayakl

A post shared by Jebat Jayden Ahmad (@jebatjayden) on

Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur memiliki teman yang setia seperti Shukri Yahaya yang tidak pernah meninggalkannya pada saat dirinya hampir rebah.

“Saya baru kenal siapa kawan dan lawan. Rakan masa susah memang tak ramai. Mereka yang ada hari ini adalah teman setia yang tidak pernah lari. Shukri, tidak lari meninggalkan saya. Daripada hari pertama saya ‘teruk’, dia sentiasa berada di belakang saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kedai minuman miliknya, Bubble Bee di Danau Kota, Setapak, baru-baru ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

dah lah, esok nak puasa #7harimencintaiku2 pun dah tunda, bazar ramadhan tunda, membawang awak tu tolong lah tunda jgk ye 🤪 #covidramadhan

A post shared by 𝒮𝒽𝓊𝓀𝓇𝒾 𝒴𝒶𝒽𝒶𝓎𝒶 (@shukriyahaya) on

Selain Shukri, dedah Sharnaaz, seorang pelakon yang sentiasa berada di sisinya ketika sedang bert4rung dengan kemelut rumah tangga adalah Datuk Fizz Fairuz.

“Fizz, seorang lagi teman yang tidak pernah menjauhkan diri. Dia tahu macam mana sengsaranya hati berdepan dengan ujian rumah tangga. Saya banyak menghabiskan masa di gimnasium sama ada pagi, tengah hari dan malam. Saya akan menghabiskan masa bersenam untuk melupakan kes4kitan.

“Saya banyak melakukan perkara yang disukai termasuk berdiet. Fizz risau dan menegur keadaan tubuh saya yang semakin kurus. Saat menghadapi ujian, saya sebenarnya lebih suka menyendiri. Dalam laman sosial, orang mungkin nampak saya gembira dan ketawa, tetapi mereka tidak tahu apa yang saya alami.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir batin

A post shared by Dfizzfairuz 🇲🇾 (@fizzfairuzofficial) on

“Waktu tengah ‘sengs4ra’, saya banyak menghabiskan masa di rumah. Saya dekatkan diri dengan Allah dan memperbaiki rohani. Saya tak tahu apa yang dialami adalah satu bentuk kemurvngan. Pada saya, kenapa saya perlu murvng sedangkan saya ada Allah? Tidak relevan apabila kita ada agama, tetapi mengalami kemurvngan, sedangkan boleh solat dan bersujud untuk mengadu,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur berjaya pulih daripada kesedihan. Sekiranya gagal mengawal perasaan pada ketika itu, mungkin sudah memilih jalan tidak betul seperti mengambil barang terlarang.

Namun, dedah Sharnaaz, dia bukanlah orang yang sebegitu, sebaliknya akan berjuang dan berusaha melawan untuk mendapatkan apa yang dikehendaki sejak kecil.

“Jika saya tidak menerima kenyataan, mungkin saya jadi tidak betul dan hi1sap ddah. Tetapi, saya bukan jenis sedemikian, saya suka melawan untuk mendapatkan apa yang diingini. Orang kata cara saya kasar, saya tidak peduli kerana itu cara saya untuk memperjuangkan hak saya.

“Saya lakukan semua ini demi anak, Jebat Jayden. Biarlah, apa yang orang hendak kata, saya melawan untuk mendapatkan orang yang saya sayang. Ia juga satu kebanggaan untuk saya sebagai seorang bapa,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Semasa

Sumber : BH

 

Be the first to comment on "Murvng Bila Hubungan Dgn Nabila Diuji, Sekali Sharnaaz ‘Petik’ Nama Syukri Yahaya, Fizz Fairuz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*